10 Sikap Wanita Idaman Pilihan Si Bujang


Sikap, Wanita Idaman, Pilihan Si Bujang

Mungkin ramai wanita sebenarnya yang tidak mengambil berat tentang apa yang diingini oleh pasangannya. Ada juga kaum hawa yang tidak kisah mengenai hal ini, asalkan si bakal suami boleh terima diri dia seadanya. Berhati-hati pada zaman sekarang ini kaum Adam juga sangat memilih, terutamanya apabila ingin menjadikan seseorang itu bakal isterinya. Mari kita lihat apa 5 Sikap Wanita Idaman Pilihan Si Bujang.

Yang “Understanding”

Ramai lelaki berpendapat bahawa seseorang wanita itu perlulah mempunyai sifat memahami. Misalnya jika suaminya bergaji sederhana, jadi berbelanjalah bersederhana. Apabila si gadis tidak memahami keadaan si bujang, akan banyak menimbul masalah pada masa akan datang nanti.

Menyayangi Kanak-Kanak

Banyak lelaki yang mudah terpikat pada wanita yang mempunyai sikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Lagi-lagi bila kita tahu kita akan dikurniakan cahaya mata apabila mendirikan rumah tangga. Jadi seorang wanita yang bersikap keibuan akan sentiasa menjadi pilihan lelaki.

Ringan Tulang

Bukan perempuan sahaja yang nakkan suami yang rajin mencari rezeki dan sebagainya, si bujang pun inginkan bakal isteri yang rajin mengemas rumah, memasak dan menjaga anak. Kalau yang jenis pemalas tetapi muka cantik ni memang pening kepalalah alamatnya.

Pandai Menjaga Penampilan

Tipulah kalau lelaki kata tidak sukakan wanita yang pandai menjaga penampilan tetapi menjaga penampilan ini banyak maksudnya. Misalnya menutup aurat, tidak terlalu kuat berhias dan bersopan santun. Kalau wanita sukakan lelaki korea yang kemas sentiasa itu, samalah dengan lelaki juga.

Pandai Bawa Diri

Wanita yang pandai bawa dan menyesuaikan diri sememangnya menjadi pilihan lelaki. Terutamanya apabila ingin diajak menjumpa ibubapa, sahabat karib dan sebagainya. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Orang Tua

Ini sangat penting! Lelaki kebanyakkan ingin isterinya boleh ‘get along’ dengan maknya. Insya-Allah, kalau si perempuan itu pandai menghormati kedua ibubapanya, mentua juga sama menghormati menantunya. Si perempuan perlulah juga bersifat terbuka apabila ditegur, tidak kiralah suami atau mentua. Lagi mudah dibimbing lagilah sejuk hati si suami.

Menghargai dan Ingat Jasa

Bak kata mat salleh, “appreciate” lah. Kadang-kala mereka tidak tahu bagaimana penatnya si suami mencari rezeki, kena maki dengan bos dan terpaksa hadapi suasana tempat kerja yang stress. Wanita yang menghargai jasa seorang suami lelaki adalah wanita idaman setiap lelaki.

Pandai Jaga Diri

Lelaki suka wanita yang bijak menjaga dirinya sendiri sebagai seorang wanita. Wanita yang menghormati dirinya sendiri tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Wanita yang lebih “independent” juga adalah sikap yang diingini oleh para lelaki. Mudah sebenarnya jika si bakal Isteri anda lebih independent lagi-lagi jika anda sudah mempunyai anak-anak pada masa akan datang.

Murah Hati & Prihatin

Rata-rata semua lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, prihatin pada nasib orang lain yang susah. Bak kata orang-orang tua, kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Percayalah, tiada lelaki yang sukakan wanita yang mementingkan diri sendiri dan sombong, Masya-Allah!

Setia

Yes, soal setia ini sangat penting bukan kepada pihak perempuan sahaja pihak lelaki juga sama. Admin percaya wanita yang setia adalah ciri yang diingini oleh semua lelaki. Jadi, kalau ada lelaki lain nak try tu, tolonglah jangan layan ya. Faham-fahamlah, Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

 

Oleh disebabkan kurang ilmu pengetahuan, banyak berlaku salah faham antara dua jantina ini. Jadi admin nak nasihatkan, kenallah hati budi itu elok-elok dulu sebelum nak berkahwin. Kalau yang ingin berkahwin selepas bercinta, hahh harap-harap kalau ada sifat negatif tu, berubahlah awal-awal.

Apa Komen Anda?

10 Sikap Wanita Idaman Pilihan Si Bujang

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in