10 Wajah Wanita Tercantik di Dunia Tahun 2016


Menjelang tahun baru 2017 ini, admin ingin share sedikit info menarik daripada The Independent Critics mengenai 10 Wajah Wanita Tercantik di Dunia pada tahun 2016. Pasti anda tertanya siapakah wanita-wanita ini? Mari kita lihat secara detail lagi siapakah sebenarnya wanita-wanita yang mempunyai wajah tercantik pada tahun lepas ini yang disenaraikan oleh The Independent Critics.

10. Alia Bhatt

alia bhatt, most beautiful faces 2016, india

Alia Bhatt (lahir 15 Mac 1993) merupakan anak kelahiran British yang menjadi pelakon filem dan penyanyi di Bollywood. Beliau merupakan anak perempuan kepada Mahesh Bhatt, pengeluar filem and Soni Razdan, pelakon dan juga saudara kepada pelakon yang bernama Emraan Hashmi.

Bhatt mula dikenali apabila beliau melakonkan watak utama yang bernama Shanaya Singhania dalam drama filem arahan Karan Johar, Student of the Year (2012). Di mana beliau turut dicalonkan sebagai Best Female Debut di Filmfare Awards dan memenangi Favourite Debut (Female) di Lions Gold Awards.

Nantikan kemunculan beliau dalam filem terbaru beliau yang bertajuk Dragon (2017) atas arahan Ayan Mukerji. Filem tersebut merupakan filem Superhero India yang bakal di pawagam pada tahun ini.

 

9. Alicia Vikander

alicia vikander, 2016, most beautiful faces, ex machina, the uncle

Alicia Amanda Vikander (lahir 3 Oktober 1988) merupakan seorang pelakon yang berasal dari Sweden. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Gothenburg. Vikander pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Guldbagge Award untuk filem Pure (2010).

Beliau mula dikenali satu dunia apabila terbabit dalam filem The Man from U.N.C.L.E., Testament of Youth dan Ex Machina pada tahun 2014 dan 2015. Pada April 2016 yang lalu, Vikander disahkan akan berlakon sebagai Lara Croft dalam filem reboot Tomb Raider (2018) yang dijadualkan pada 16 March 2018.

Beliau juga sedang hangat bercinta dengan pelakon terkenal Michael Fassbender sejak dari Disember 2014.

 

8. Chou Tzuyu

chou tzuyu, kpop, taiwanese, twice

Chou Tzu-yu (lahir 14 Jun 1999) lebih dikenali sebagai Tzuyu merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Taiwan dan menetap di Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop yang bernama Twice yang diasaskan oleh JYP Entertainment.

Mungkin ramai yang tidak tahu, penyanyi muda ini pernah terpalit dengan insiden bendera sehingga kumpulan K-pop mereka diharamkan untuk membuat persembahan di China pada awal tahun lepas, sehingga beliau terpaksa membuat video kenyataan bagi meminta maaf pada penduduk di China.

 

7. Camilla Belle

camilla belle 2016, beautiful faces

Camilla Belle Routh (lahir 2 Oktober 1986) merupakan seorang pelakon yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau pernah terbabit dalam beberapa filem Hollywood antaranya ialah The Ballad of Jack and Rose, When a Stranger Calls, 10,000 BC, The Quiet, Push, dan Breakaway.

Camilla Belle, gadis kacukan Amerika dan Brazil ini sememangnya terkenal dengan wajahnya yang unik sejak dari dulu lagi. Beliau pernah bercinta dengan penyanyi terkenal Joe Jonas pada Oktober 2008. Namun hubungan mereka berakhir pada Julai 2009.

 

6. Satomi Ishihara

Satomi Ishihara, Japan, Newest Face, Most Beautiful

Satomi Ishihara (lahir 24 Disember 1986) atau lebih dikenali juga sebagai Kuniko Ishikami merupakan seorang pelakon yang berasal dari Tokyo, Jepun.

Beliau sudah berkecimpung dalam industri lakonan sejak dari tahun 2003 lagi. Pada tahun lepas, beliau memenangi anugerah pelakon wanita terbaik menerusi drama 5-ji Kara 9-ji Made: Watashi ni Koi Shita Obōsan pada 87th Television Drama Academy Awards.

Antara filem terbaru beliau ialah Attack on Titan (2015) dan Shin Godzilla (2016).

 

5. Thylane Blondeau

thylane blondeau, french model, instagram, age

Thylane Léna-Rose Loubry Blondeau (lahir 5 April 2001) berasal dari Aix-en-Provence, Perancis merupakan seorang model dan actress sejak dari kecil lagi.

Pada usia 10 tahun, beliau pernah menjadi muka depan untuk majalah Vogue. Pada tahun 2015, beliau terbabit dalam filem Belle & Sebastian: The Adventure Continues arahan Christian Duguay.

 

4. Golshifteh Farahani

Golshifteh Farahani, pelakon, iran

Golshifteh Farahani (lahir 10 Julai 1983) merupakan seorang pelakon dan penyanyi berasal dari Iran yang menetap di Perancis. Golshifteh telah banyak kali menerima anugerah pelakon wanita terbaik sejak dari tahun 1997 dan beliau telah berlakon dalam hampir 25 filem.

Antara filem beliau terkenal ialah Boutique (2003) dan Exodus: Gods and Kings (2014). Beliau juga bakal muncul dalam filem terbaru Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales (2017) yang akan ditayangkan pada tahun ini.

 

3. Nana (Im Jin-ah)

nana, im jin-ah, most beautiful, wallpaper

Im Jin-ah (lahir 14 September 1991) atau lebih dikenali sebagai Nana, merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model di Korea Selatan. She merupakan salah seorang ahli kumpulan K-pop, After School dan Orange Caramel.

Pada tahun 2014, Nana duta model untuk DHC Korea. Beliau turun menjadi model untuk jenama antarabangsa seperti Skechers, FOSSIL, Alton Sports Bike bersama Hong Jong-hyun dan Baskin Robbins serta Tving bersama kumpulannya, Orange Caramel.

Pada tahun 2015, Nana menjadi model untuk Xtep Sports dan Kafellon di China. Beliau turut menjadi model untuk permainan telefon OST Chronicle, Miero Fiber, Mad for Garlic, Memebox, GLAMM dan waterpark Ocean World bersama Lee Kwang-soo.

 

2. Liza Soberano

liza soberano, most beautiful faces, hot

Hope Elizabeth “Liza” Hanley Soberano (lahir 4 Januari 1998) merupakan seorang pelakon dan model kacukan Filipino dan Amerika. Pelakon Filipino memang ramai yang gorgeous-gorgeous tetapi kecantikan Liza ini memang lain daripada yang lain.

Pada tahun 2014, Liza memenangi anugerah Most Promising Female Star of the Year menerusi drama Forevermore iaitu merupakan pertama kali beliau memegang watak utama. Pada tahun berikutnya, beliau semakin menyerlah dan pada tahun lepas, beliau turut memenangi anugerah Favorite Actress of the Year di RAWR Awards dan Most Innovative TV Actress di 2nd Illumine Innovation Awards for Television.

 

1. Jourdan Dunn

jourdan dunn, victorias secret, americans next top model, supermodel

Jourdan Sherise Dunn (lahir 3 Ogos 1990) merupakan seorang English model fashion. Beliau diketemui di Hammersmith Primark pada tahun 2006 dan menyertai Storm Model Management di London selepas itu. Dia mula muncul dalam International Runways pada awal 2007. Pada Februari 2008, beliau mencipta nama menerusi Prada runway dimana beliau merupakan model berkulit gelap yang pertama yang menyertai runway tersebut setelah beberapa abad.

Pada April 2014, Dunn menjadi muka baru bagi Maybelline New York. Tidak lama kemudian pada July 2014, beliau digelar ikon untuk models.com. Beliau merupakan model British yang berkulit gelap pertama yang disenaraikan oleh Forbes, di mana beliau di antara model yang terkaya dan dianggarkan pendapatan beliau sebanyak $4 Juta setahun. Kejayaan Dunn sebagai supermodel boleh dikatakan sangat berjaya pada generasi kini.

 

Inilah senarai 10 Wajah Wanita Tercantik di Dunia pada tahun 2016 yang dipilih oleh The Independent Critics sejak pada tahun 1990. Untuk pengetahuan anda, the Independent Critics merupakan sebuah projek online yang dilancarkan oleh TC Candler bagi mencari wajah tercantik di dunia menerusi undian secara worldwide. Untuk info sepenuhnya anda boleh melayari ke laman web mereka di http://www.independentcritics.com.

Apa Komen Anda?

10 Wajah Wanita Tercantik di Dunia Tahun 2016

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in