100 Negara Diserang WannaCry Ransomware! Virus Terbaru Yang Memaksa Pengguna Komputer Membayar $300 Untuk Access Semula Fail


Baru-baru ni berlaku hacking terbesar di hampir seluruh dunia dengan wujudnya Software Malicious yang dikenali WannaCry Ransomware.

Ia juga telah menjejaskan hampir 200,000 komputer dan berjaya melumpuhkan beberapa organisasi di beberapa negara seperti Rusia, Ukraine dan Taiwan.

Serang hack tersebut juga melumpuhkan operasi Hospital di British, syarikat Telefonica di Sepanyol dan FedEx di Rusia sehingga kekecohan.

Bukan itu sahaja, didapati negara Malaysia juga tidak terlepas dari serangan Malware ransomware.

Baca: Malaysia also hit by WannaCry Ransonware – TheStar

Apa Sebenar WannaCry Ransomware?

wannacry ransomware

WannaCry merupakan sebuah software yang bertujuan untuk peras ugut pengguna komputer dengan mengunci fail dalam komputer.

Ianya tertumpu pada Windows operating system. Bila sistem dijangkiti virus ini, akan muncul pop-up yang ugut pengguna untuk membayar $300 jika ingin access ke fail yang dijangkiti.

Dalam pop-up itu juga ada menunjukkan 2 jangka masa ugutan (1) selama tiga hari. Jika tidak membayarnya, jumlah ugutan akan meningkat ke $600. (2) Pengguna akan kehilangan semua data selama-lamanya.

Bayaran hanyalah diterima dalam bitcoin.

Menurut pakar sekuriti siber, ianya datang daripada sekumpulan hacker yang dikenali sebagai Shadow Brokers. Di mana mereka melepaskan virus ini pada bulan April yang lalu selepas berjaya menembusi sekuriti NSA.

Bagaiman ia boleh terjebak?

Ransomware ini boleh masuk ke dalam komputer apabila pengguna klik atau memuat turun fail yang mempunyai malicious fail tersebut.

Menurut pakar, ada yang diserang sehingga komputernya dikunci serta merta dan ada juga Pop-up yang tidak boleh dihilangkan.

Antara Negara yang Diserang

wannacry ransomware, hospital britain

Serang ini telah menyebabkan kelewatan rawatan ke atas beribu-ribu pesakit di Ipswich Hospital Britain. Termasuklah kepada pesakit-pesakit kronik yang menghidap penyakit seperti kanser. Namun keadaan dapat dikawal hampir selepas 12 jam sistem hospital itu dijangkiti.

wannacry ransomware, rusia

Sistem Kementerian di Rusia. Jangkitan ini menyebabkan beberapa fail pertahanan seperti fail-fail berkaitan department polis Russia disulitkan oleh aplikasi WannaCry Ransomware ini. Namun semua file berjaya diselamatkan (restore) kerana memiliki sistem backup yang baik.

airport wannacry

FedEx turut memaklumkan kepada BBC mereka terpaksa menunda servis penghantaran kerana terkesan dengan virus ini. Selain itu, ada juga sesetengah lapangan terbang di dunia turut dijangkiti terutamanya Jerman.

china university wannacry ransomware

Banyak kes juga dilaporkan di UK, China dan Russia. Pelajar tidak dapat belajar selepas komputer makmal di Universiti dijangkiti virus Wannacry ini. Namun masih belum dimaklumkan sama ada kini Universiti sudah beroperasi seperti biasa ataupun tidak.

Gambar-Gambar Lain

Anda Mungkin Berminat: 5 Tips Untuk Dari Jadi Mangsa WannaCry Ransomware

Apa Komen Anda?

100 Negara Diserang WannaCry Ransomware! Virus Terbaru Yang Memaksa Pengguna Komputer Membayar $300 Untuk Access Semula Fail

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in