5 Aplikasi Permainan yang Paling Hangat Masa Kini !


aplikasi permainan paling hangat

Zaman sekarang ni ramai yang lebih cenderung untuk bermain permainan video melalui telefon pintar sahaja.

Terutamanya kepada pengguna yang bukanlah hardcore gaming sangat, sampai nak main ps4 bagai.

Mari kita lihat apa Aplikasi Permainan yang paling HANGAT  buat masa kini!

1. Mobile Legends: Bang bang

Aplikasi permainan yang berkonsepkan 5 versus 5 MOBA (Multiplayer online battle arena) hampir sama seperti League of Legends dan Dota.

Mobile Legends atau lebih dikenali sebagai ‘ML’ sememangnya mendapat sambutan yang tinggi di kalangan netizen kita terutamanya lelaki.

Lagi menyeronokkan, ML ini boleh bermain bersama dengan teman-teman anda. Anda hanya perlu add mereka sebagai “friend” dan boleh main bersama-sama.

Pastikan anda mempunyai Internet connection yang bagus untuk main game ini kerana ianya memerlukan internet yang bagus untuk main.

Muat turun dari Play Store – Mobile Legends: Bang bang

2. Sniper 3D Assassin Gun Shooter

sniper 3d

Anda penggemar game menembak? Pasti anda pernah dengar applikasi game yang bernama Sniper 3D ini.

Applikasi permainan ini mempunyai grafik yang sangat bagus. Memang menggagumkan!

Dalam game ini anda akan menjadi “sniper” dan anda perlu tembak sesuatu/seseorang untuk selesaikan misi anda.

Muat turun dari Play Store – Sniper 3D Assassin Gun Shooter

3. Clash Royale

clash royale

Bukan Clash of Royale ya. Clash Royale ini merupakan salah satu game yang dihasilkan oleh Supercell.

Yang dulu pernah terkenal dengan game “Clash of Clan”. Mesti pernah main kan?

Clash Royale ini mempunyai karakter yang sama seperti Clash of Clan. Contohnya Babarian, Wizard dan pelbagai lagi.

Ia merupakan aplikasi permainan berkonsepkan “card battle” dan anda perlu musnahkan 3 kubu pihak lawan untuk menang.

Muat turun dari Play Store – Clash Royale

4. Vainglory

Satu lagi game MOBA yang menjadi perhatian ramai terutama golongan remaja.

Vainglory merupakan 3 versus 3 MOBA dan mempunyai function screen touch untuk main tidak seperti Mobile Legends.

Grafiknya juga lebih cantik dan kemas dari applikasi game MOBA yang lain.

Ianya sudahpun sangat terkenal di luar negara dan sudab banyak pertandingan peringkat dunia telah berlangsung.

Muat turun dari Play Store – Vainglory

5. BoBoiBoy: Galactic Heroes RPG

boboiboy game, applikasi permainan

Siapa yang peminat TV series animasi BoBoiBOy di sini?

Aplikasi game yang dibangunkan oleh 8elements Asia Pacific Ltd ini memang boleh dibanggakan.

Permainan aplikasi yang berkonsepkan RPG (role-playing game) ini turut mendapat rating 4.2 / 5.0 dari Google Play Store dan sudah mencecah hampir 1,000,000 muat turun.

Muat turun dari Play Store – BoBoiBoy: Galactic Heroes RPG

Apa Komen Anda?

5 Aplikasi Permainan yang Paling Hangat Masa Kini !

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in