5 Bintang Youtube Yang Paling Kaya Di Dunia 2017!


michelle phan

Daripada seorang penyanyi lagu cover, pelawak, gamers dan vloggers kecantikan sehingga menjadi bintang Youtube bukanlah satu perjalanan yang mudah. Lagi-lagi persaingan menjadi semakin senget apabila semakin ramai yang ingin menjana pendapatan melalui Online.

YouTuber secara umumnya ialah vlogger. Manakala kekuatan sesebuah channel Youtube itu sebenarnya bergantung kepada jumlah Subscriber. Mereka juga menjadikan Youtube sebagai platform media untuk mereka menjana pendapat secara Online dan sekaligus menjadikan ia sebagai Kerjaya mereka.

Namun, ramai yang masih sangsi tentang perkara. Ada juga yang sering bertanya, “Boleh ke jadi Youtuber untuk sara hidup pada masa kini?”. Jawapannya, semestinya boleh tetapi ianya berdasarkan beberapa jumlah tontonan yang anda dapat pada setiap bulan.

Jangan terkejut, berikut adalah generasi baru superstar yang telah mengawal dunia Youtube pada tahun ini:

 

5. Grace Helbig: Nilai Bersih $5 Juta | Channel: Its Grace

grace helbig 2017

Grace Helbig merupakan seorang Youtuber, Penulis, Pelawak dan Penerbit di Amerika Syarikat. Beliau berjaya dengan menjual buku informasi generasi kini, rancangan sendiri E! “The Grace Helbig Show” dan channel Youtubenya, Its Grace.

Selain itu, beliau juga banyak terbabit dan muncul dalam pengiklanan.

 

4. Markiplier: Nilai Bersih $5.1 Juta | Channel: Markiplier

Markiplier

Markiplier merupakan seorang Youtuber yang sering memuatnaik video Let’s Play sejak tahun 2012 dan jumlah Subscriber beliau kini mencecah hampir 13 Juta pengikut. Sekaligus menjadikan dia diantara Youtuber yang paling kaya di dunia.

 

3. Smosh: Nilai Bersih $11.8 Juta | Channel: Smosh

smosh

Smosh merupakan channel genre Komedi dan Sketsa di mana pasangan duo ini Anthony Padilla dan Ian Hecox memulakan channel Youtube mereka sejak tahun 2003. Channel mereka berjaya mengumpul hampir 22 Juta Subscriber pada tahun 2016.

 

2. Felix Arvid Ulf Kjellberg: Nilai Bersih $18 Juta | Channel: Pewdiepie

pewdiepie

Felix Arvid Ulf Kjellberg atau lebih dikenali sebagai Pewdiepie pasti tidak asing lagi bagi nama Youtuber Swedish terkenal di dunia. Beliau juga pernah menjadi Youtuber terkaya di dunia.

Beliau bermula pada tahun 2010 dengan rancangan video production terutamanya genre permainan video. Dengan jumlah Subscriber sebanyak 54.1 Juta dan lebih 15 billion tontonan di channel Youtube beliau.

 

1. Michelle Phan: Nilai Bersih $50 Juta | Channel: Michelle Phan

Michelle Phan

Michelle Phan, gadis berusia 29 tahun ini kini adalah Youtuber paling kaya di dunia dengan nilai bersih sebanyak $50 Juta. Beliau bermula pada tahun 2006 dengan memuatnaik video tutorial make-up sambil bekerja di sebuah restoran sebagai pelayan.

Beliau juga banyak membuat tutorial make-up menyerupai artis antarabangsa. Phan kini mempunyai lebih 8 Juta Subscriber dan 1.1 billion tontonan di Youtube channel beliau.

Pada tahun 2010, kejayaan Phan semakin menyerlah apabila beliau mendapat tawaran bekerjasama dengan Lancome dan memajukan lagi perniagaannya, IPSY.

 

P.S. Kejayaan di atas bukanlah sehari dua. Jika anda berminat untuk menjana pendapatan secara Online, Youtube adalah salah satu caranya.

Apa Komen Anda?

5 Bintang Youtube Yang Paling Kaya Di Dunia 2017!

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in