5 Cara Layan Kawan yang Ajak Lepak Sebab Bisnes MLM


bisnes mlm

Hari ni admin nak kongsikan sedikit tips mengenai cara nak layan member yang ajak lepak sebab bisnes MLM.

Mesti korang pernah dapat panggilan daripada ‘kawan’ lama yang dah bertahun-tahun tak jumpa, tiba-tiba telefon atau PM kat Facebook ajak lepak minum kopi-kopi. Katanya mula-mula sebab dah lama tak lepak sekali, rindulah maksudnya tu.

Bila dah sampai kedai kopi.. pergghh! Memang gah lah member tu, siap bawak kereta mahal semua. Mula macam biasa sahaja, tapi lepas dah talk serious pasal kerja semua. ‘Topik’ hangat tu pun mula dibuka. Biasanya, mula-mula mereka ni akan tunjukkan video ‘sukses’ mereka. Kereta sport, pergi holiday dan macam-macam lagi!

Jadi macam mana kita sebagai kawan ni nak handle situasi macam ni? Yelah, kita pun tak nak kecilkan hati kawan kan. Ini ada sedikit tips mengenai cara nak layan member-member MLM yang dikongsi oleh beberapa orang yang pernah menghadapi masalah sebegini.

listening

1. Dengar dulu biar ‘kawan’ tu cerita sampai habis.

Bak kata orang putih, be a good listener. Kita bagi peluang untuk kawan MLM ni cerita dulu apa bisnes yang dia sedang jalankan. Nama pun kawan kan, lagi elok kalau kita kekalkan networking tu. Mana lah tahu korang ni memang dilahirkan sebagai pekerja MLM. Ramai je kawan-kawan admin sendiri yang pernah buat duit dengan MLM sebab dia memang bijak dalam networking.

no money

2. Jujur dengan ‘kawan’ MLM cakap korang memang tiada modal.

Teknik ni memang admin selalu pakailah. Terus terang je dengan kawan tu cakap korang memang betul-betul tiada modal yang banyak untuk join. Ada orang jenis yang suka tunjuk kaya, lagilah dorang ni suka. Last-last habis semua duit saving dikeluarkan sebab nak jaga muka punya pasal. Kan dah rugi tu! Bagitau je korang memang tiada modal yang banyak untuk invest, lagi-lagi dengan ekonomi yang tak menentu sekarang ni. Sebab biasanya modal untuk join MLM mesti makan ribu-ribu ringgit!

change topic

3. Tukar topik. Cerita bisnes korang pulak, ajak dia join.

Pernah ada kes admin jumpa, bila dua-dua member jumpa. Rupa-rupanya masing-masing buat MLM tapi berlainan syarikat. Ada yang sempat promote Insurans lagi! Dalam kes ni kena tengok siapa yang lagi power lah dalam gebang pujuk rayu. Selalunya ending nya dia dua-dua akan mati kutu. Korang jugak boleh tukar ke topik lain. Cakap korang memang tak minat nak bincang pasal bisnes buat masa sekarang ni.

create urgency

4. Create ‘Urgency’ cakap kena balik awal.

Ingat dalam copywriting fesbuk je ke boleh create urgency? Ini pun masa yang sesuai untuk pakai jugak! Tapi korang memang kena berlakon lah part ni. Bagitau isteri kat rumah suruh balik awal ke, ada kerja yang kena siapkan ke, macam-macam lah asalkan nampak yang perkara tu urgent. Bila minta diri tu, salamlah baik-baik. Kata mungkin lain hari, buat lawak sikit ke supaya ‘kawan’ takdelah terasa hati.

say no

5. Bagitahu Pengalaman korang sendiri dengan MLM.

Admin rasa dalam kalangan pembaca ni mesti dah pernah banyak bisnes MLM, dari dulu sampai sekarang ada je benda baru keluar. Jadi korang bagitahu je pengalaman korang sendiri dengan bisnes MLM. Bagitahu yang korang ni tak berminat dalam bisnes sebegini. Kalau korang explain betul-betul, InsyaAllah kawan tu pun faham dan takkan paksa korang join. Kalau yang paksa jugak tu, memang tak boleh buat apa-apalah, cuba tukar strategi lain seperti di atas.

Admin rasa cukuplah tips yang dah ada setakat ni. Kalau korang ada tips-tips bagus yang lain, bolehlah komen kat bawah untuk kegunaan orang lain. Admin bukan nak kata semua bisnes MLM ni tak bagus, cuma ianya bukan sesuai untuk semua orang. Apa-apa pun stay positif dan respectful. Janganlah sampai bergaduh pulak.

Artikel lain yang Menarik: Tips Nak Cari Jodoh dengan Mudah

Apa Komen Anda?

5 Cara Layan Kawan yang Ajak Lepak Sebab Bisnes MLM

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in