5 Tips Untuk Mengelak Dari Jadi Mangsa WannaCry Ransomware


wannacry ransomware

Di artikel sebelum ni, kami ada ceritakan serba sedikit mengenai ‘wabak’ WannaCry Ransomware. Ya, memang boleh buat orang menangis dengan virus ini.

Baca: 100 Negara Diserang WannaCry Ransomware! Virus Terbaru yang Memaksa Pengguna Komputer Bayar $300 untuk Access Semula Fail

Dan ramai lagi syarikat-syarikat besar dijangkiti virus berkenan termasuklah beberapa syarikat besar di Malaysia.

Pihak kerajaan seluruh dunia juga sedang berperang dengan virus komputer yang berbentuk malicious ini.

Jadi, kita sebagai pengguna komputer, lagi-lagi pengguna Windows operating sistem haruslah mula berjaga-jaga. Jika terkena virus ini, memang boleh kehilangan banyak data-data peribadi atau kerja yang penting.

Di sini admin kongsikan 5 Tips Untuk Mengelak Dari Jadi Mangsa WannaCry Ransomware berdasarkan Microsoft’s Malware Protection Center:

1. Install dan Gunakan Antivirus Solution yang Up-To-Date

Microsoft Security Essentials

Antara anti-virus yang disarankan oleh Microsoft’s Malware Protection Center ialah Microsoft’s Security Essentials. Anda juga perlu mengambil inisiatif untuk mengemaskini semua perisian anda secara tetap. Kemas kini perisian anti-virus bertujuan untuk melindungi terhadap ini ransomware baru. Kalau tak pandai, minta tolong kawan-kawan yang mahir dengan IT ni.

2. Elakkan Klik pada Link atau Emel daripada Orang yang Anda Tidak Kenal

Anda perlu tahu bahawa fail ini boleh dihantar oleh sesiapa sahaja. Rakan anda di media sosial, rakan sekerja ataupun rakan permainan dalam talian anda, ini kerana berkemungkinan besar akaun mereka telah digodam untuk menyebarkan virus.

Mereka ini disyaki menggunakan teknik ‘worm’ ini sangat terkenal di laman sosial kerana ianya sangat mudah tersebar. Lagi-lagi kalau anda terima emel dari orang yang anda tidak kenal.

3. Gunakan Smart Screen untuk ‘Detect’ Sebarang Laman Web Phishing and Malware

windows smart screen

Ini sangat penting! Hal ini kerana virus WannaCry Ransomware ini boleh dijangkiti oleh komputer anda apabila anda muat turun sebarang fail yang ada virus mereka. Pastikan anda mengguna Smart Screen untuk periksa samada laman web yang anda layari sebelum anda ingin muat turun sebarang file.

4. Gunakan Pop-up Blocker untuk Web Browser Anda

Terlebih dahulu saya ingin inta maaf kepada mana-mana syarikat pengiklanan yang mengamalkan ‘pop-up ads’. Ya, pop-up ads ni memang sangat menjengkelkan. Walaupun bukan semuanya bahaya tetapi kita perlu berhati-hati untuk sekuriti komputer kita.

5. Sentiasa ‘Back-up’ Fail-fail Penting Anda

google drive

Langkah paling mudah tapi ramai sangat pengguna komputer yang lalai. Buat salinan untuk data anda boleh dikatakan teknik yang paling berkesan untuk melindungi diri anda daripada serangan ransomware.

Dapatkan external hard disk sendiri untuk Back-up fail-fail penting anda. Terdapat juga cloud storage percuma untuk anda yang mempunyai internet yang laju, seperti: Google Drive, Dropbox, OneDrive dan sebagainya.

Apa Komen Anda?

5 Tips Untuk Mengelak Dari Jadi Mangsa WannaCry Ransomware

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in