7 Habit Billionaire yang Anda Mungkin Tidak Tahu


mark zuckerberg, facebook, instagram, owner

[fb_button]

Tips-tips untuk menjadi ‘Billionaire’ pasti sering bermain-main di minda anda terutamanya orang yang ingin menjalankan perniagaan sendiri, pekerja awam dan swasta dan mungkin juga anda! Bukan ke indah jika anda dapat meraih keuntungan besar, boleh memberi kehidupan yang selesa kepada keluarga anda. Hari ini admin akan kongsi 7 habit yang ada pada setiap ‘Billionaire’ di dunia.

 

1. PROAKTIF

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ramai yang tidak ada kerja atau diberhentikan kerja. Orang yang proaktif akan cari jalan untuk generate income. Sebagai contohnya menjual Nasi Lemak Anak Teruna.

Tahukah anda: Jeff Bezos, pengasas Amazon, sudah nampak masa depan internet 20 tahun lepas, lalu beliau mengejar cita-cita beliau dan membina empayar Amazon. Kini beliau merupakan orang keempat terkaya di dunia. Elakkan daripada menjadi tidak proaktif seperti gambar di bawah.

Orangutan, Lazy, Malas

 

2. KETAHUI MATLAMAT ANDA

Sekiranya anda ingin seorang ahli perniagaan yang berjaya pada 20 tahun hadapan, anda sepatutnya sudah perlu menceburi bidang niaga dari sekarang, walaupun modal kecil. Sekiranya anda ingin menjadi seorang professor bertauliah, anda seharusnya sudah mengkaji topik yang anda ingin kuasai bermula dari sekarang.

Tahukah anda: Elon Musk, pengasas SpaceX sudah lama mengidam untuk menyelamatkan bumi daripada pencemaran. Kini, impian beliau sudah tercapai dan menjadi kenyataan dengan tertubuhnya, Tesla. Inilah hasil orang yang mempunyai vision. Ingat, “Rich people plan for three generations. Poor people plan for Saturday night.”.

 

3. DAHULUKAN YANG UTAMA

turn signal, car, signal, giving

Dalam kehidupan seharian, anda akan membuat banyak keputusan. Contohnya seperti ketika anda sedang memandu, dan anda ingin masuk simpang. Pada masa ini, yang utamanya ialah berikan signal terlebih dahulu, kemudian baru masuk simpang. Bukan masuk simpang dahulu kemudian baru bagi signal.

Tahukah anda: McDonald mementingkan kualiti makanan dan kualiti servis pada sekitar tahun 1960-70 sedangkan company fast food yang lain mementingkan keuntungan dan jualan. Hasil dari ini, McDonald merupakan restoran ‘Fast Food’ terulung di dunia, disebabkan mereka mengutamakan apa yang seharusnya, qualiti.

 

4. PEMIKIRAN ‘WIN-WIN’

Apple Tree, Kids, Climb, Kerjasama, Win-win

Contohnya seperti situasi di atas. Ketiga-tiga orang dalam gambar yang ingin mengambil sebuah epal. Sekiranya mereka mempunyai mindset yang tamak dan pentingkan diri sendiri, pasti kesemuanya mereka tidak dapat rasa epal yang ada pada pokok tersebut. Disebabkan mereka berfikiran ‘Win-win’, akhirnya mereka dapat sebiji epal untuk dikongsikan bersama. ‘One apple is always better than nothing, right?’

Tahukah anda: Facebook membeli Instagram dengan anggaran USD$ 1 billion beberapa tahun lepas. Instagram telah sudah catat kejayaan kerana berjaya menjual perniagaannya dengan harga yang sangat tinggi, manakala Facebook pula dengan berjaya menambahkan lagi ‘active user’nya.

 

5. FAHAMI ORANG LAIN DAHULU SEBELUM MINTA ORANG LAIN FAHAM DIRI SENDIRI

Bila kawan anda menceritakan masalah mereka, anda kena dengar dan faham situasi mereka sebelum beri cadangan untuk masalah mereka. Ini akan membuatkan anda lebih dihormati dan disegani. Ingat, seseorang yang berjaya adalah seseorang yang boleh menyelesaikan masalah orang lain.

Tahukah anda: Rahsia kejayaan empayar Apple adalah kebanyakannya dari inspirasi Steve Jobs. Salah satu kehebatan beliau ialah memahami apakah kehendak pelanggan. Disebabkan kualiti yang ada pada Steve Jobs ini, Apple telah menjadi sebuah syarikat yang paling berharga di dunia sehingga kini.

 

6. BEKERJASAMA

working together, bekerjasama, kerjasama

Sudah menjadi zahir setiap manusia untuk berkawan dan mengenali antara satu sama lain. Bayangkan dalam sebuah pasukan bola sepak, anda perlukan kerjasama striker, midfielder, defender dan goalkeeper untuk jadi team yang hebat. Ini kerana masing-masing saling melengkapi.

Tahukah anda: Microsoft, Apple, Facebook, Google, syarikat gergasi dunia, masing-masing mempunyai dua orang atau lebih pengasas, sekali gus membuktikan pentingnya kerjasama.

 

7. SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI

Manusia terdiri dari tiga aspek, fisikal, mental dan spiritual. Orang yang berjaya tidak hanya menguasai satu aspek, tetapi mereka tahu mengimbangi ketiga-tiga aspek ini, sekaligus menjadikan mereka orang yang berjaya.

Tahukah anda: Bill Gates sentiasa membaca dan memperbaharui pemahaman beliau. Walaupun sudah menjadi orang terkaya di dunia, ini tidak menghalang beliau untuk terus menuntut ilmu.


Sumber

(https://simpleunimpressiverealness.com/)

(Buku The 7 habits of highly effective people by Stephen Covey)


Apa Komen Anda?

7 Habit Billionaire yang Anda Mungkin Tidak Tahu

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in