7 Perkara Yang Boleh Menjadi Pembunuh Hati


pembunuh hati, hati mati, perkara, hitam hati

Menurut Imam al -Ghazali, kita diwajibkan menjaga hati dengan sebaik-baik yang mungkin kerana hati ini merupakan bahagian tubuh manusia yang paling besar bahaya, kuat pengaruhnya, serta paling halus dan rumit untuk membaikinya. Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab RA berkata:

Sesiapa banyak ketawa, sedikit kewibawaannya. Sesiapa meremehkan manusia, dia akan dihinakan. Sesiapa lebih banyak terbabit dalam sesuatu, dia akan dikenali dengannya. Sesesiapa banyak bicaranya, banyak pula salahnya. Sesiapa banyal kesalahannya, sedikit perasaan malunya. Sesiapa sedikit perasaan malunya, sedikit waraknya. Dan sesiapa sedikit waraknya, matilah hatinya.

1. Sesiapa banyak ketawa, hilang kewibawaannya.

Banyak ketawa akan menghilangkan rasa hormat daripada orang lain. Justeru, seseorang tidak digalakkan ketawa terbahak-bahak. Elakkan dengan asyik berjenaka kerana ia boleh mendorong sikap lupa dan cuai terhadap tanggungjawab yang sepatutnya disempurnakan.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Aishah RA berkata:

Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW ketawa kuat sehingga nampak anak tekaknya, (tetapi) Baginda tersenyum sahaja.

2. Sesiapa meremehkan orang lain, dia akan terhina dengan sendirinya.

Elakkan daripada suka memandang rendah terhadap orang lain. Apabila anda meremehkan orang lain, anda pun akan kena tempiasnya.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

Cukuplah seseorang dianggap berbuat keburukan apabila dia merendahkan saudaranya sesama Muslim. (Riwayat Muslim)

3. Sesiapa lebih banyak terbabit dalam sesuatu, dia akan dikenali dengannya.

Memang ada benarnya. Orang yang selalu terbabit dalam sesuatu perkara akan lebih dikenali dengan perkara tersebut. Oleh itu, elakkan melakukan perkara yang tidak baik sehingga boleh merosakkan maruah diri.

Kata Saiyidina Ali RA:

Harga diri seseorang terletak pada keahliannya.

4. Sesiapa banyak bicaranya, banyak salahnya.

Ingat Tuhan berfirman dalam surah Qaf, ayat 18 bermaksud:

Tiada ada sebarang perkataan yang dilafazkan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Imam Hasan al Basri berkata:

Sesiapa yang banyak bercakap, banyak salahnya. Siapa banyak hartanya, banyak dosanya. Sesiapa jahat akhlaknya, akan menyeksa dirinya sendiri.

5. Sesiapa banyak kesalahannya, sedikit perasaan malunya.

Orang yang kurang rasa malu ini selalu buat salah. Dia juga tidak hairan kalau keburukannya terdedah di mata khalayak ramai. Berbeza dengan orang yang menebal rasa malunya, sentiasa berwaspada dalam setiap tingkah lakunya.

Malu mendatangkan kebaikan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, mafhumnya:

Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan. (Sahih Bukhari Muslim dan Abu Daud)

6. Sesiapa sedikit perasaan malunya, sedikit waraknya.

Warak ialah meninggalkan hal dibolehkan sebagai bentuk sikat hati-hati daripada hal yang mengandungi dosa. Dari Anas RA, Nabi SAW pernah menemui sebiji kurma di jalan. Lantas, Baginda bersabda:

Kalaulah bukan kerana khuatir kurma ini berasal daripada harta sedekah, pasti saya akan memakannya. (Sahih Bukhari dan Muslim)

7. Sesiapa sedikit waraknya, matilah hatinya.

Orang yang paling jauh dari Allah SWT adalah orang yang mati ataupun keras hatinya. Apabila hati mati, seseorang itu tidak akan menerima sebarang nasihat dan peringatan. Katalah apa pun pada orang tersebut, mereka tidak akan pedulikan. Malah melawan dan dipersenda-sendakan.

Terima kasih kerana membaca artikel Ketahui 7 Perkara Yang Boleh Menjadi Pembunuh Hati. Mari kita sama-sama renungkan dan cuba mengawasi diri dalam 7 perkara ini. Mudah-mudahan perjalanan hidup kita lebih ke arah yang diredhai dan bebas daripada kejahilan dan terumbang-ambing. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua.

Apa Komen Anda?

7 Perkara Yang Boleh Menjadi Pembunuh Hati

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in