MENARIK : Petua KURUS tanpa perlu ke gym..


Menarik kan tajuk di atas ?

Jangan risau. Hari ini admin ingin sharekan tips2 untuk kurus tanpa perlu ke gym pun sebenarnya. Nampak macam tipu je kan ? Atau mungkin anda tertipu dengan kata2 orang ramai bahawa nak kurus,mesti pergi gym.

*Tanpa perlu ke Gym
*Kos supplement yang tinggi
*Masa yang lama untuk kurus
Akhirnya anda sendiri mengalah,dan salahkan perut sebab memang “ditakdirkan” gemuk

Baiklah. Tanpa buang masa, admin nak sharekan tips2 yang anda boleh buat dan ikuti,sesuai untuk lelaki & perempuan. Siapa kata nak kurus, kena banyak kos kan.

1- Tahukah anda sebenarnya, tips untuk dapat badan yang dinginkan anda haruslah follow petua ini (70:30). Yang mana 70% datang daripada makanan, 30% daripada senaman

Ramai yang mungkin terlepas pandang, penjagaan makanan adalah faktor yang penting sebenarnya untuk mendapatkan berat badan yang diimpikan.

 

2- Biasakah anda dengar orang diet makan sehari sekali je? Admin pernah. Mungkin akan kurus, tapi kita fokuskan kurus dengan sihat. Bila anda amalkan pemakanan sehari sekali, besar kemungkinan untuk diserang penyakit2 lain kerana antibodi lemah yang tidak mendapat khasiat yang sepatutnya selain dari muscle2 anda berkurangan.

Gambar di bawah tentang gambar yang kebiasaan kaum wanita lihat pada cermin. Hmmm

 

 

JANGAN MAKAN SEHARI SEKALI, bahkan makan dengan lebih kerap sehari. (4-6 kali sehari). Nampak macam banyak je kena makan? Baiklah.Cuba fokuskan pada kuantiti sedikit (berhenti sebelum kenyang) tetapi banyak kali sehari makan.

Nampak mudah tentang ini kan, tapi ramai yang dalam tidak sedar, lupa akan ini. Kebiasaannya terjadi pada yanng berkerja sehingga lupakan makanan.

 

3 – Biasakan diri anda minum air kosong. Selalu kan dengar orang cakap minum air kosong banyak2 boleh jadi gemok air. Mereka bagi alasan tu sebab malas minum air kosong. Memanglah kan, kena pergi tandas setiap kali nanti bos marah.

Hendak seribu daya, tak nak macam2 alasan dia bagi. 8 gelas sehari sebagai permulaan dah cukup bagus. Minum 1 gelas selepas bangun bagi (sebelum sarapan), dan 1 gelas sebelum tidur juga. Siang ni yang perlu banyak air dan elakkan makan sambil minum air. Sebab apa ? Nanti admin sharekan post yang seterusnya ye. Nak minum air kosong kejap… hehe

 

 
P/s : Ops… Mungkin ada yang terasa cara diet dia lain ? Lain orang lain kaedahnya. Cara ini la admin dapat hilangkan 8kg sebulan dengan cara yang sihat. Cubalah , mana tahu anda punyai azam baru nak kurus tahun depan. InsyaAllah. Oh ya, nanti admin akan sharekan cara diet berkesan tanpa perlu berlapar.

 

Apa Komen Anda?

MENARIK : Petua KURUS tanpa perlu ke gym..

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in