Latar Belakang

business card, bloggerbar

BloggerBar merupakan sebuah laman web blog alaf baru di Malaysia yang mempunyai pelbagai segmen-segmen menarik seperti Hiburan, Makanan, Infomatif , Gajet dan sebagainya. BloggerBar Media Onlinedikuasai oleh FAS Bloggerbar Network (002603282-A).

Apakah laman web BloggerBar lakukan?

Info yang positif dengan 'Viral Tanpa Had'. Inilah yang kita cari selama ini! Kami merupakan syarikat media yang mempunyai hasrat tinggi. Kami bukan sebuah syarikat media yang kongsikan maklumat viral sahaja. Kami lebih berminat untuk viralkan info-info yang positif, info yang dapat membantu masyarakat tempatan dan platform untuk masyarakat berkongsi pendapat.

Kami juga mempunyai misi tersendiri. Iaitu menjadi sebuah laman web dan platform aktif untuk seluruh blogger dan vlogger  di Malaysia kongsikan artikel yang terbaik mereka serta menjana pendapatan daripada kami.

Dan kami percaya generasi kini lebih ke arah teknologi terutama yang menggunakan internet dan telefon pintar. Dengan wujudnya BloggerBar, kami berharap agar laman web blog ini akan berjaya dan terus memberi inspirasi kepada orang ramai.

Sebagai Pengguna BloggerBar, apa yang saya boleh bantu?

Sebelum itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana menjadi pengguna, pembaca ataupun pelanggan BloggerBar. Tanpa anda, tanpalah kami. Mudah sahaja.

Yang Pertama, anda boleh subscribe email anda ke BloggerBar. Dengan ini, anda mendapat info-info terbaru dari kami setiap minggu.

Yang Kedua, ikuti kami di media sosial utama kami seperti di Facebook, Twitter dan Instagram. Anda boleh jumpa akaun media sosial dengan klik icon media sosial di menu atas sebelah kanan.

Yang Terakhir dan yang paling penting adalah selalu share konten dari BloggerBar.com.my yang anda rasa bermakna untuk rakan-rakan online anda. Perkongisian anda bukan sahaja bermakna buat kami, ia juga akan bermakna kepada orang lain.

Bolehkah saya percaya info daripada BloggerBar?

Itu sudah sepastinya boleh! Kenapa? Kerana info kami semua akan disemak oleh editor sebelum dimuatnaikkan. Malah, info kami semua berdasarkan fakta, statistik dan pelbagai sumber daripada media utama, seperti televisyen, surat akhbar, radio termasuklah buku dan majalah. Jangan lupa slogan kami, info yang positif dengan viral tanpa had. Kami juga amat selektif terhadap konten kami, sebarang isu yang bersifat sensitif akan ditolak awal-awal.

Namun sekiranya berlaku kesilapan, anda boleh salurkan bantuan dengan memberikan comment pada artikel tersebut atau emel kepada kami di 'admin@bloggerbar.com.my'. Kami akan menilai, mengubah, membetulkan, remove semuanya, memuat naik permohonan maaf, atau melakukan kesemuanya.

Kami turut akan melakukan perkara yang sama di platform media sosial kami supaya pembaca kami loud and clear. Namun kami boleh menjamin, konten kami akan lebih menceriakan hari anda serta memberi inspirasi kepada anda.

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in