AdAsia, Syarikat Pengiklanan Online Berusia Setahun Meraihkan Pelaburan $12 Juta


adsia, pengiklanan online

AdAsia, sebuah syarikat pengiklanan online yang berusia setahun di Singapura berjaya mendapat dana sebanyak $12 Juta daripada pelabur Jepun, JAFCO.

Syarikat tersebut mula beroperasi pada April 2016 oleh CEO Kosuke Sogo, bekas pengarah MicroAd di APAC bersama COO Otohiko Kozutsumi. Ia merupakan sebuah platform pengiklanan Adwords, DoubleClick dan Facebook. Ia juga mempunyai platform pengiklanan bagi platform video dan telefon pintar.

Walaupun baru berusia setahun, syarikat tersebut sudah di puncak keuntungan. AdAsia berjaya mengaut keuntungan kasar hampir $12 Juta pada bulan April sehingga Disember 2016 dan ia menunjukkan prestasi baik setiap bulan (20%-30% kenaikan setiap bulan). Pada tahun ini, AdAsia menjangkakan keuntungan syarikat tahunan sebanyak $30 Juta dan menguruskan 300 pelanggan.

adasia, holidngs office

Ibu pejabat AdAsia terletak di Singapura dengan beberapa ofis di Taiwan, Cambodia, Vietnam, Indonesia dan Thailand. Mereka juga mempunyai perancangan untuk kembangkan lagi syarikat mereka di China, Hong Kong, Filipina, Malaysia dan Jepun pada tahun ini.

Source: TechCrunch

Apa Komen Anda?

AdAsia, Syarikat Pengiklanan Online Berusia Setahun Meraihkan Pelaburan $12 Juta

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in