Apple Perkenalkan Speaker Pintar, HomePod


Apple HomePod

CUPERTINO 27 Jun – Apple Inc. memperkenalkan secara rasmi speaker pintar, HomePod sekali gus memasuki segmen speaker kawalan suara dikuasai Amazon.com Inc dan Google.

Bagaimanapun, speaker pintar tersebut hanya akan mula ditawarkan pada Disember tahun ini di beberapa buah negara bermula dengan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

HomePod menekankan kepada keseronokan muzik, kelihatan seperti tin minuman lebar dengan lengkung pada bahagian hujung, tidak seperti Echo dari Amazon, dan ia tidak mempunyai skrin.

Peranti itu membolehkan pengguna bercakap dengan pembantu digital Apple iaitu Siri, dijual pada harga AS$349 (RM1,486), hampir dua kali ganda lebih mahal daripada pesaingnya.

HomePod ialah produk perkakasan utama Apple baharu sejak keluaran Apple Watch pada 2015, dan ia hadir pada masa penting buat syarikat tersebut.

Gergasi teknologi berpangkalan di California itu sedang aktif mencari aliran pendapatan baharu selepas terlalu bergantung kepada kejayaan telefon pintar, iPhone.

Pasaran speaker sambungan internet dan teknologi pintar bagi rumah lain adalah cukup besar bagi Apple untuk mempelbagaikan perniagaannya.

Apple HomePod, Harga

Ini kerana, penghantaran speaker pintar melonjak hampir 600 peratus dari tahun ke tahun kepada 4.2 juta unit pada suku keempat tahun lepas dengan Amazon menguasai 88 peratus, sementara Google 10 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook juga menekankan kepentingan perniagaan perkhidmatan syarikat itu dengan meramalkan ia akan meningkat dua kali ganda pada 2021.

Sumber: AGENSI

Apa Komen Anda?

Apple Perkenalkan Speaker Pintar, HomePod

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in