ATV: Sukan Lasak Bermotor. Ada Berani??


Saya sebenarnya baru first time cuba sukan bermotor ATV ni, tengok macam mencabar je. Barulah lelaki kan.

 

Kalau korang nak cuba ATV ni untuk beginner, korang boleh datang ke event #FiestaIslamic2017 bertempat di Tapak Pembinaan Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir, Batu Pahat Johor.

 

Harga untuk pengunjung event:
– Serendah Rm5 untuk satu pusingan berliku. Jalan dia agak mencabar bagi korang yang beginner macam aku. Haha

 

Harga sebenar kalau nk sewa di luar:
– Harga lingkungan Rm150 – Rm200 untuk satu jam ( track hutan berliku & berombak) – maksudnya lagi lasak lerr..

 

P/S: Korang boleh cuba dekat batu pahat ni, sampai hari Ahad 9 April jam 10 malam. Jumpa korang dekat sini.

Ada sediakan traning ke?

Di event mereka akan beri nasihat dan ajar basic untuk kendalikan ATV. Senang nak belajar, aku belajar 3 minit dah faham.

 

Dekat luar pon akan ada training intensif bagi mereka yang serius nak ceburkan diri dalam sukan ni. Korang boleh search facebook fanpage : JX Sports – ATV & Fishing
JX Sport ATV FIshing
Kelab ATV & Fishing ni aktif hampir setiap minggu. Mostly area JB, skudai, 30 minit dari UTM Skudai.

Berminat nak aktif dalam sukan ATV?

ATV EGL Black

Selain dari bagi sewa utk mereka yang newbies, korang boleh miliki atv sendiri , serendah Army’s 125 CC, iaitu Rm 3.2k. Boleh rujuk gambar di bawah. Tapi kalau korang baru nk start, aku cadangkan korang cuba EGL Black 200cc Rm 6.5k. Harga boleh tahan dengan ketahanan dia.
harga ATV Bike

ATV second-hand pon ada taw. Rm5k utk EGL black (harga boleh nego lagi kot). Korang boleh contact Mr Sing ( 012-712 5634). Brader ni ada jual moto ATV baru & second hand, aksesori ATV. Semua dia ada, mantopp!!

aksesori ATV
JX Sport

Apa yang best sangat dengan sukan motor ATV ni??

Yang uniknya ATV dari motosikal adalah gear dia kena tekan pakai tangan. Nak press pon ada button dia. Kalau korang dah ada bajet besar sikit, boleh cuba 4WD. (100 cc hingga 300cc). Harga jangan cakap lah, Rm20k ke atas tu.
ATV 4WD
ATV ni sesuai utk korang bawak dalam kampung. Kalau boleh bukan jalan tar la. Try jalan yang lasak, berbukit3, berlecak. Baru rasa padu beb. Korang boleh rasa seakan drift. Risau jatuh ? Jangan risau, ada teknik2 yang korang boleh belajar. Antaranya teknik seimbangkan badan, pusingan habis trottle, kawalan brek.

 

ATV ni kena pakai helmet dengan but dia taw. Safety first. Aksi dia memang lasak, tapi puas. Sesuai bagi mereka untuk lepaskan tekanan kerja, enjoy, dan luangkn masa dengan kawan2 korang.

 

P/s : Korang jangan bawak ATV ni atas jalanraya taw, sebab belum dapat kelulusan roadtax lagi. Tapi kalau pandai kawtim tu, takde masalah. Hehe

 

Kalau ada sesiapa nak cuba, dtg Hulu Choh Johor, korang cari Abg Angry Bird ( Angry Beard). Ada juga kelas belajar bawak ATV, boleh follow kelab tersebut di (https://m.facebook.com/groups/1503605006617246).

Apa Komen Anda?

ATV: Sukan Lasak Bermotor. Ada Berani??

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in