Bahaya berbuka puasa dengan AIR SEJUK !!


Pasti ramai yang gemar berbuka puasa dengan minuman sejuk kan? Setakat pemerhatian abg jo, majoriti yang berbuka puasa di luar, semuanya akan order air sejuk. Kawan-kawan abg jo pun pelik kenapa abg order air panas.

Begini, ada sebabnya mengapa para doktor sendiri sarankan kita berbuka dengan air panas atau suam. Banyak juga kajian-kajian mendapati air sejuk ini tidak baik untuk kesihatan,terutamanya bagi mereka yang berkahwin.(Fahamkan maksudnye. Hehe)

Setelah seharian kita berpuasa, pasti kita mengidamkan minuman sejuk kan. Lagi-lagi kalau dapat minum air berperisa. Malah ada juga yang berbuka dengan air berkarbonat (air gas). Fuhh sayang perut adik2. Nak pakai lama perut tu. Ramai yang beranggapan dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu.

Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kekejangan pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser.

Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit.

Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Sumber: Detikislam.blogspot.my

Apa Komen Anda?

Bahaya berbuka puasa dengan AIR SEJUK !!

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in