Review Filem Before I Fall (2017) Lakonan Zoey Deutch


before i fall, review

Tajuk: Before I Fall (2017)
Genre: Drama & Misteri
Arahan: Ry-Russo Young
Lakonan: Zoey Deutch, Logan Miller, Halston Sage
Produksi: Awesomeness Films, Jon Shestack Productions

Sinopsis Ringkas

Before I Fall merupakan sebuah filem mengenai seorang gadis bernama Sam (Zoey Deutch) yang mempunyai kehidupan yang normal di sekolah menengah namun semuanya berubah pada malam Hari Cupid di mana dia terlibat dalam kemalangan dan mengalami loop/dejavu pada hari kemalangan tersebut.

Review

Filem ini berasal dari novel karya Lauren Oliver. Jadi admin rasa kepada peminat novel ini pasti anda akan tertarik untuk menonton filem ini. Namun kepada yang tidak pernah membaca novel Before I Fall seperti admin sendiri, ini adalah reviu dari admin selepas menonton filem Before I Fall ini.

Filem ini banyak menyentuh untuk menjadi seorang yang lebih baik. Di mana watak utama, Sam terpaksa mengalami hari yang sama dia terlibat dalam kemalangan sehingga dia dapat mencari jawapan kenapa ujian tersebut berlaku pada diri dia. Ia juga menyentuh dalam hubungan keluarga, sahabat dan cinta sejati.

Filem ini juga dapat memberi penonton rasa ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan bagaimana untuk Sam lepas dari loop tersebut. Ia bukanlah sebuah filem yang memberi impak sangat besar tetapi ia ada maksudnya tersendiri. Filem ini juga menampilkan wajah pelakon-pelakon baru yang sangat bagus terutamanya Logan Miller dan Halston Sage.

Lakonan mantap dari Zoey Deutch juga sangat membantu filem ini. Arahan Ry-Russo Young juga sangat bagus dalam menampakkan filem ini sangat natural dan cantik. Namun admin ada sedikit rasa hampa dengan penamat filem ini. Ianya tidak cliche tetapi agak tergantung.

Jadi, kepada yang minat tengok filem genre Drama dan Misteri, filem ini sesuai untuk isi masa lapang anda.

Apa Komen Anda?

Review Filem Before I Fall (2017) Lakonan Zoey Deutch

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in