Menarik ! Menjana £1.5 juta hasil dari Blogging sahaja..


Seorang pengembara dari Ireland berjaya menjadi jutawan hanya dengan berblogging sambil mengembara ke seluruh dunia. Johnny Ward, 33, berterima kasih kepada pengiklan pertama di blognya kerana telah menaiktaraf dirinya daripada seorang pengembara beg galas kepada tuan punya syarikat media yang bekerja sambil mengelilingi dunia.

Johnny dibesarkan dalam keluarga susah yang hidup atas ihsan kebajikan masyarakat. Namun, Johnny sentiasa memasang angan-angan untuk mengembara dan menjadi kaya.

Pada tahun 2006, Johnny telah mengambil satu keputusan drastik dengan menjadi peserta eksperimen perubatan. Johnny dikurung dalam hospital selama 5 minggu, dicucuk dengan dadah ujikaji dan kemudian mendapat bayaran sebanyak £2,000 (RM11,300). Di sinilah permulaan hidup baru Johnny.

 

Dari situ, Johnny menggunakan wang yang diperolehi untuk mengambil kursus CELTA TEFL sambil mengajar bahasa Inggeris di Thailand. Johnny mengajar sambil melawati negara-negara Asia selama 2 tahun sebelum memutuskan untuk berhijrah ke Australia dan bekerja di Sydney menggunakan visa bekerja sambil melancong.

Ketika itu, Johnny baru sahaja memulakan laman blognya, One Step 4 Ward dengan mengupah seorang pereka dari Filipina sebanyak £100. Lama-kelamaan, Johnny menjadi bosan bekerja dalam suasana pejabat dan memutuskan untuk berhenti dan memenuhi impiannya sebagai pengembara dan blogger sepenuh masa.

Pada bulan pertama, Johnny cuma memperolehi USD85 sahaja dan dalam masa 6 bulan sahaja jumlah itu meningkat menjadi USD500 sebulan. Hari demi hari, blog Johnny menjadi semakin dikenali dan para pengiklan suka untuk melabur pada blog Johnny.

Hasil keuntungan daripada blognya, Johnny melabur dengan membeli lebih banyak laman web. Kini, Johnny sudah memiliki lebih daripada 100 laman web dan mengasaskan sebuah syarikat media digital bernama Step 4 Ward Media yang menjana keuntungan USD50,000 sebulan.

Sejak blognya mula menjana pendapatan tetap, Johnny berhasrat untuk menjejakkan kaki ke setiap negara dalam dunia dan hari ini, Johnny telahpun berjaya melawati kesemua 197 buah negara dalam dunia. 

Menurut Johnny, banyak pengalaman yang diperolehi apabila melihat sendiri negara orang. Rakyat paling peramah adalah dari Algeria, Iran dan Filipina. Ada juga pengalaman ngeri seperti menyaksikan seorang lelaki ditembak secara ‘live’ di Angola.

Johnny telah menjadi sumber inspirasi ramai orang di seluruh dunia dan banyak membantu blogger yang baru berjinak-jinak untuk menjadi seperti dirinya. Selain empayar media digitalnya, Johnny juga telah menubuhkan badan kebajikan menerusi Give Back Give Away dan membina laman web berasaskan pendidikan secara percuma di Hong Kong.

Credit : Forbes

Apa Komen Anda?

Menarik ! Menjana £1.5 juta hasil dari Blogging sahaja..

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in