AIR MINERAL BERLEBIHAN LEBIH BAHAYA DARIPADA MAKAN KAMBING?


Anda pastinya tertanya-tanya betulkah minum air kosong dengan berlebihan akan mampu memudaratkan tubuh badan kita berbanding dengan makan daging kambing yang berlebihan. Dalam satu kajian yang baru di jalankan pada 21 Januari 2017, para pengkaji, doktor, ahli saintis dan professor yang terlibat dalam kajian ini telah sebulat suara bersetuju bahawa manusia yang banyak meminum air kosong boleh menyebabkan darah tinggi jika dibandingkan dengan makan daging kambing.

 

Rata-rata ahli yang terlibat dalam kajian ini juga tidak mempercayai keputusan yang di perolehi tetapi selepas membuat ujikaji selama 3 malam berturut – turut, mereka akur dengan keputusan yang telah diperolehi dan kenyataan bahawa air kosong/suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat, boleh dipertikaikan.

 

Ujikaji telah dibuat selama 3 malam terhadap 2 orang peserta yang di pilih secara rambang. “Peserta A” akan di beri makan daging kambing manakala “Peserta B”  akan di beri minum air kosong. Masing-masing di tempatkan dalam sebuah bilik yang sama selama 3 malam berturut – turut.

 

MALAM 1:
Peserta A diberi makan sup kambing manakala Peserta B di beri 2 botol air mineral 500ml.
* Reaksi bagi malam pertama, kedua-duanya Normal.

 

MALAM 2 :
Peserta A diberi kari kambing manakala Peserta B diberi 3 botol 500ml air mineral.
*Reaksi Peserta A Normal tetapi Peserta B menunjukkan gerak-geri sedikit tidak selesa dengan keadaannya.

 

MALAM 3 :
Peserta A diberi kambing bakar dan Peserta B, 2 botol air mineral 1 liter.
*Reaksi Peserta A masih Normal manakala Peserta B mula kemurungan dan tanda-tanda tekanan darah tinggi.
Secara tiba-tiba, Peserta B telah mengamuk dengan membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar Peserta A sambil berkata “Kalau hari-hari air kosong, mati la aku!!”.

 

KESIMPULAN UJIKAJI:
Dengan hanya meminum air kosong sahaja, boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan tidak dapat dikawal jika dibandingkn dengan memakan daging kambing.

 

????

Apa Komen Anda?

AIR MINERAL BERLEBIHAN LEBIH BAHAYA DARIPADA MAKAN KAMBING?

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in