Buffet Hidangan Masakan Kampung Asli THE VENUE SHAH ALAM


Pada 19 Mei 2017, team Bloggerbar sempat menghadiri dan mencuba sendiri hidangan makanan berbuka puasa yang disediakan oleh The Venue Shah Alam. Majlis bermula sekitar jam 8.30pm ini turut dimeriahkan oleh Maria Tunku Sabri dan Zaim (Personaliti TV3). Makanan kampung yang mereka ingin bawakan seperti dibawah iaitu Daging Salai Bakar (Masakan Nogori Sembilan jang).

Konsep buffet berbuka puasa Shah Alam yang bertempat di Seksyen 15 Shah Alam kali ini diberi nama “GEMA RAMADHAN”. Apa yang abang tertarik konsep yang diorang bawak ni ialah masakan kampung asli secara buffet. Agak sukar berada di tengah-tengah bandar Metropolitan ni nak cari masakan kampung asli. Boleh tengok gambar di bawah kalau tak percaya.Hehe

THE VENUE yang baru sahaja dibuka pada Januari 2017 ini bukan sahaja menyediakan makanan buffet berbuka puasa,mereka juga mempunyai dewan berkapasiti besar. Dewan mereka sangat sesuai untuk diadakan Majlis Perkahwinan. Ohh ya perkahwinan Hafiz Hamidon dan Joy Revfa turut dijalankan di The Avenue Shah Alam pada April 2017 yang lepas. Fuhhh

The Avenue Shah Alam juga telah menyediakan cabutan bertuah bernilai sehingga RM100,000 pada hari tersebut. Sedihh abang tak terpilih. Hehe. Ada juga fashion show daripada EL HUSNA (www.elhusna.com.my). Tengok gambar pun dah menarik kan? Boleh terus ke butik mereka di Kompleks PKNS Shah Alam untuk lihat koleksi pakaian yang lain. Bagi mereka yang merancang untuk kahwin pada tahun ini, boleh segera tempah bersama The Venue segera kerana kami dimaklumkan tempahan mereka adalah terhad

THE VENUE SHAH ALAM

No.15 Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park,

Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor

019-8585 825 / 03-5524 7585

thevenueshahalam@gmail.com

Facebook : THE VENUE SHAH ALAM

Instagram : @thevenueshahalam

Anda Mungkin Berminat: Restoran D’Kayangan Steamboat Terbaik di Shah Alam

Apa Komen Anda?

Buffet Hidangan Masakan Kampung Asli THE VENUE SHAH ALAM

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in