Cari Makan Bersama BloggerBar – Abe Kelantan, Shah Alam


Restoran Abe Kelantan Masakan Thai, Seksyen 7, Shah Alam

Dalam artikel kali ini, admin akan bawa anda semua ke sebuah restoran Kelantan Masakan Thai yang terkenal di Shah Alam iaitu tidak lain tidak bukan, Abe Kelantan!

Nak tahu apa yang menarik lagi tertarik di restoran Abe Kelantan Masakan Thai? Jom kita lihat!

 

LOKASI PERNIAGAAN

Sebelum nak pergi makan mesti kena tahu lokasi terlebih dahulu kan? Jadi, seperti yang diberitahu, restoran Abe Kelantan ini beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam. Nak cari dia mudah sahaja.

Landmark dia bersebelahan dengan Bakso Monster dan berdekatan dengan Pak Li Kopitiam.

Kepada yang ingin menggunakan maps atau Waze, anda boleh taip sahaja ke alamat Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam.

 

‘MENARIK’ DALAM MENU

Sewaktu dalam sesi Cari Makan Bersama BloggerBar di restoran Abe Kelantan Masakan Thai, host kami, cik Anne telah dihidangkan 4 menu utama dan istimewa iaitu, Tom Yam Campur Abe Kelantan, Som Tam, Siakap 3 Rasa dan Pulut Mangga. Memang terliur!

 

 

KESELURUHAN

Admin sememangnya sangat berpuas hati dengan hidangan yang kami terima. Harganya standard. Memang lauk mereka pure seperti masakan di Kelantan dan Siam. Satu ayat saja untuk Abe Kelantan, Hat Ni lah Yang Kita Mau!

Jadi apa kata anda tentang Abe Kelantan? Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kata-kata, boleh tuliskan di bawah ruangan Comment yang telah disediakan. Jumpa lagi di sesi seterusnya Cari Makan Bersama BloggerBar.

Apa Komen Anda?

Cari Makan Bersama BloggerBar – Abe Kelantan, Shah Alam

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in