Cari Makan Bersama BloggerBar – Mak Chick Yunai TTDI


Cari Makan Bersama BloggerBar, Mak Chick Yunai

Dalam artikel kali ini, Anne akan bawa anda semua ke sebuah Food Truck terkenal di Taman Tun Dr Ismail iaitu tidak lain tidak bukan, Mak Chick Yunai!

Nak tahu apa yang menarik lagi tertarik di Mak Chick Yunai? Jom kita lihat sesi Cari Makan Bersama BloggerBar di Mak Chick Yunai, TTDI Damansara.

Lokasi Perniagaan

Sebelum nak pergi makan mesti kena tahu lokasi terlebih dahulu kan? Jadi, seperti yang diberitahu, Mak Chick Yunai ini beroperasi di Taman Tun Dr Ismail. Nak cari dia mudah sahaja.

Landmark dia berdekatan dengan Maybank TTDI dan berdepan dengan 99 SpeedMart.

Kepada yang ingin menggunakan maps atau Waze, anda boleh taip sahaja “Mak Chick Yunai” dan pilih yang di alamat Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail.

Di sini, Anne bagi sekali lokasi dalam maps bagi memudahkan lagi untuk mencari food truck Mak Chick Yunai.

‘Menarik’ Dalam Menu

Sewaktu dalam sesi Cari Makan Bersama BloggerBar di Mak Chick Yunai, Anne telah dihidangkan oleh owner Mak Chick Yunai, Puan Aida Osman 4 menu utama dan istimewa iaitu, Burger Mak Chick Gunung Berapi, Mak Chicken Chop, Nasi Le Mak Chicken Berempah dan Mak Chicken Platter. Baca nama pun dah rasa lapar kan? Banyak lagi sebenarnya menu yang ada di Mak Chick Yunai seperti Burger Mak Chick Spicy, Cheesy Jumbo Hot Dog, Mak Chicken Drumments dan pelbagai lagi.

Waktu Beroperasi

Wow! Tak sabar betul rasa nak cuba Mak Chick Yunai kan? Untuk pengetahuan anda, Mak Chick Yunai ini mula buka food truck pada pukul 7:00 malam sehingga 1:30 pagi. Jadi janganlah cari waktu siang pulak tau!

Keseluruhan

Anne sememangnya sangat berpuas hati dengan hidangan Puan Aida Osman. Harganya padan dengan kuantiti makanan yang dihidangkan. Anne rasa boleh kongsi lagi makan kalau yang untuk jenis yang tak boleh makan banyak. Satu ayat saja untuk Mak Chick Yunai, Hat Ni lah Yang Kita Mau!

Jadi apa kata anda tentang Mak Chick Yunai? Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kata-kata, boleh tuliskan di bawah ruangan Comment yang telah disediakan. Jumpa lagi di sesi seterusnya Cari Makan Bersama BloggerBar.

Apa Komen Anda?

Cari Makan Bersama BloggerBar – Mak Chick Yunai TTDI

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in