CARI MAKAN BERSAMA BLOGGERBAR – RESTORAN AL RAYAN


Dalam artikel kali ini, Bloggerbar akan bawa anda semua ke sebuah restoran masakan arab terkenal di One City Mall iaitu Restoran Al Rayan.

Nak tahu apa yang menarik lagi tertarik di Restoran Al Rayan? Jom kita lihat sesi Cari Makan Bersama BloggerBar di Restoran Al Rayan, One City Mall.

LOKASI PERNIAGAAN

Sebelum nak pergi makan mesti kena tahu lokasi terlebih dahulu kan? Jadi, seperti yang diberitahu, Restoran Al Rayan ini beroperasi di dalam One City Mall pada aras Ground Floor. Nak cari dia mudah sahaja. Anda hanya perlu mencari lif di bahagian dalam One City Mall, dan anda boleh lihat kedai Al Rayan ini betul-betul berhadapan dengan lif. Sekiranya anda masih keliru, anda boleh mencari no kedai tersebut iaitu A.GF.03.Ground Floor, Sky Park – One City.

Kepada yang tidak mengetahui di manakah One City Mall, bangunan ini terletak di area Subang Jaya. Kepada yang ingin menggunakan maps atau Waze, anda boleh taip sahaja One City Mall, Subang.

Di sini, Bloggerbar akan beri anda gambar kedai Al Rayan untuk memudahkan anda mencari restoran ini apabila anda telah berada di dalam One CIty Mall.

Gambar Hadapan Restoran Al Rayan

‘MENARIK’ DALAM MENU

Sewaktu dalam sesi Cari Makan Bersama BloggerBar di Restoran Al Rayan, host kami telah dihidangkan oleh tuan kedai Al Rayan itu sendiri, Encik Bashar 4 menu utama dan istimewa iaitu, Chicken Kabsa, Chicken Mandi, Lamb Mandi dan Al Rayan Wings. Baca nama pun dah rasa lapar kan? Banyak lagi sebenarnya menu yang ada di Al Rayan ini seperti Mushroom Soup, Arabic Salad, Pizza dan Pasta. Selain itu, hidangan untuk kanak-kanak turut juga disediakan. Untuk pengetahuan anda, set Chicken Kabsa, Chicken Mandi, dan Lamb Mandi yang telah disediakan untuk kami ini kesemuanya termasuk dengan nasi arab yang lembut dan sedap.

Di sini kami juga menyediakan menu yang terdapat di restoran Al Rayan :

WAKTU BEROPERASI

Wow! Tak sabar betul rasa nak cuba Restoran Al Rayan kan? Untuk pengetahuan anda, Restoran Al Rayan ini mula buka pada pukul 10:00 pagi sehingga 10:00 malam. Jadi janganlah datang awal pagi sangat pulak!

KESELURUHAN

BloggerBar sememangnya sangat berpuas hati dengan hidangan Restoran Al Rayan. Harganya padan dengan kuantiti makanan yang dihidangkan. Kami rasa boleh kongsi lagi makan kalau yang untuk jenis yang tak boleh makan banyak. Satu ayat saja untuk Restoran Al Rayan, Hat Ni lah Yang Kita Mau!

Jadi apa kata anda tentang Restoran Al Rayan? Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kata-kata, boleh tuliskan di bawah ruangan Comment yang telah disediakan. Jumpa lagi di sesi seterusnya Cari Makan Bersama BloggerBar.

Apa Komen Anda?

CARI MAKAN BERSAMA BLOGGERBAR – RESTORAN AL RAYAN

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in