Robird, Burung Robot Digunakan Untuk Keselamatan Pesawat


clear flight solutions, robird, safety, burung robot

Masalah burung pernah menjadi punca berlakunya insiden Kapal Terbang. Jika anda pernah menyaksikan filem Sully (2016) di mana pada tahun 2009 Juruterbang yang bernama Sullenberger terpaksa mendarat kapal terbang US Airways Flight 1549 di Hudson River kerana bertembung sekumpulan burung sehingga berlaku kerosakan kedua-dua engin.

 

Clear Flight Solutions‘ Robird adalah drone yang dicipta untuk menghalau burung supaya keselamatan Pesawat kapal terbang dapat dikekalkan. Teorinya mudah sahaja kata Wessel Straatman, di mana burung-burung yang lain akan terbang jauh dari sesuatu kawasan jika mereka lihat kawasan tersebut bahaya.

 

Apa yang hebat mengenai Clear Flight Solutions’ Robird ini adalah ia boleh dikawal dengan remote dan terbang seperti burung (menggunakan kedua-dua belah kepak). Design Clear Flight Solutions’ Robird juga menyerupai burung raptor dan saya lihat ia seperti seekor burung red-tailed hawk.

 

Mari kita lihat Clear Flight Solutions’ Robird dalam video di bawah:

Namun Clear Flight Solutions’ Robird bukanlah untuk dijual tetapi syarikat Clear Flight Solutions menyediakan servis penggunaan dengan harga $1,000 sehingga $1,500 sehari. Mahal juga kan? Tapi demi keselamatan para penumpang pesawat kapal terbang, saya rasa syarikat penerbangan wajib ada servis perkhidmatan Robird ini.

Sumber: TechCrunch

Apa Komen Anda?

Robird, Burung Robot Digunakan Untuk Keselamatan Pesawat

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in