Cubaan “Hijack” Kapal Terbang MH128 ??


Sekali lagi kita dihebohkan tentang seorang penumpang yang memecah masuk ke dalam kokpit kapal terbang. Penerbangan Malaysia Airlines MH128 yang terbang dari Melbourne ke Kuala Lumpur pada jam 11.11 malam tadi di khabarkan telah berpatah balik ke lapangan terbang Melbourne pada jam 11.40 malam.

Lelaki yang berasal dari Sri Lanka itu mengatakan membawa “bom” ditangan dan dikatakan berniat “hijack” kapal terbang tersebut. Bagaimanapun jelas Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, “bom” yang dikatakan itu sebenarnya cuma sebuah powerbank sahaja. Bagaimanapun siatan masih dilakukan oleh pihak Malaysia dan Australia.

Berita terkini dimaklumkan bahawa semua penumpang dikhabarkan selamat dan mereka akan ditempatkan di hotel sementara ditempatkan untuk penerbangan yang seterusnya. Penumpang dari Sri Lanka itu dikatakan mabuk dan telah mencemaskan semua penumpang kapal terbang tersebut. Jelas Aziz lagi tiada perkara yang serius terjadi dan siatan akan dilakukan terus kepada penumpang tersebut . Gambar dibawah menunjukkan kapal terbang Malaysia Airlines yang berpatah balik.

 

Sumber : Berita Harian

Apa Komen Anda?

Cubaan “Hijack” Kapal Terbang MH128 ??

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in