Derma Wakaf Untuk Pembinaan Masjid Batu Pahat, Johor


fiesta islamic 2017, Tabung Derma Masjid Batu Pahat

Minggu lepas krew BloggerBar sempat ke selatan semenanjung Malaysia, Negeri Johor Darul Takzim dan singgah ke Feista Islamic 2017 yang bertempat di Tapak Pembinaan Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir, Batu Pahat.

Fiesta yang diadakan bermula 6 hingga 9 April 2017 ini diadakan dalam konsep riadah dimana pelbagai aktiviti diadakan bagi mengumpulkan masyarakat setempat yang dapat mengeratkan silaturahim selain memupuk kesedaran masyarakat untuk menyalurkan sumbangan bagi merialisasikan pembinaan Masjid Jorak Elahi

Ceramah perdana, x-pressi seni Islamik, aktiviti sukan sunnah memanah dan pelbagai gerai jualan pakaian, barangan hiasan rumah, makanan ringan dan barangan perhiasan diri turut dijual sebagai tarikan pengunjung.

Krew BloggerBar telah meluangkan masa seharian di Feista Islamic 2017 ini iaitu pada hari kedua program (7 April 2017). Tepat jam 9.00 pagi setelah kami tiba disana, YBhg. Datuk Haji Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor tiba bagi merasmikan majlis. Dalam ucapan beliau ada menyebut kerajaan negeri mensasarkan untuk mengumpulkan dana sebanyak 14 juta bagi merealisasikan cadangan pembinaan masjid ini.

 

Kepada mana-mana individu atau organisasi yang berhajat untuk membuat sumbangan bolehlah salurkan ke akaun berikut:

Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir Batu Pahat (EMAS)

CIMB – 8008 3977 49

Bank Islam 0103 2010 0560 99

Antara aktiviti2 menarik yang terdapat sepanjang program yang berlangsung selama 4 hari ini adalah:

1- Ceramah perdana Ustaz Syamsul Debat, ceramah Ustaz Badli Shah
2- Persembahan artis ternama Malaysia antaranya adalah Heliza Helmi, Artu & Syuk Raja Lawak
3- Aktiviti sukan seperti ATV Motosport ( klik ->SINI<- ) , Flying Fox , Memanah Cara Sunnah
4- Aktiviti jualan makanan, produk & servis

(Lihat video di bawah, antara aktiviti menarik yang ada)

Klik SINI

Untuk pengetahuan anda, sumbangan dari jualan ini akan dimasukkan ke tabung wakaf pembinaan masjid di Batu Pahat. So bagi mereka yang berminat untuk derma, boleh rujuk butiran di bawah. Mudah-mudahan bantuan derma wakaf pembinaan masjid ini menjadi saham akhirat anda semua.

Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir Batu Pahat (EMAS)

CIMB – 8008 3977 49

Bank Islam 0103 2010 0560 99

Apa Komen Anda?

Derma Wakaf Untuk Pembinaan Masjid Batu Pahat, Johor

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in