D’Kayangan Seksyen 13, Steamboat Terbaik di Shah Alam!


restoran dkayangan seksyen 13 shah alam

Pada Hari Bekerja baru-baru ini, crew BloggerBar sempat singgah di sebuah restoran Grill & Barbeque Steamboat di Shah Alam iaitu restoran D’Kayangan.

Jadi, apa yang menarik di restoran ini? Hahh, ini admin nak kongsikan sedikit pengalaman admin makan di sini. Sebelum itu, mari kita lihat di mana terletaknya restoran Steamboat Terbaik ini!

Ianya terletak di Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Mudah sahaja nak cari dia, ianya betul-betul berhadapan restoran Tupai-Tupai dan bersebelahan dengan restoran Hayaki. Yang bagusnya, parking kereta juga banyak disediakan.

crew bloggerbar dkayangan

Di restoran D’Kayangan ini, anda boleh pilih samada ingin makan di dalam atau luar, seperti biasa di dalam mempunyai hawa dingin yang sesuai untuk seisi keluarga menjamu selera. Crew kami ambil tempat di luar, rata-rata table bulat mereka muat untuk 8-9 orang untuk duduk.

nasi kerabu kdkayangan

menu dkayangan

Di restoran D’Kayangan untuk makanan berat, bukan sahaja anda boleh makan fishball, daging kabing, ayam untuk direbus. Ia juga menghidang pelbagai jenis nasi, contohnya nasi kerabu seperti gambar di atas. Mee, maggi dan meehun pun ada.

menu seafood dkayangan

seafood dkayangan

Seperti gambar di atas, makanan seafood di sini memang win! Kalau anda perasan, di sebelah kanan dihidang pelbagai kerang, lala dan di sebelah kiri dihidang pula ayam dan daging yang sudah dicampurkan dengan perencah.

Untuk minuman, pelanggan boleh pilih samada nak teh tarik, sirap, air buah dan lain-lain, bergantung kepada bekas air yang disajikan. Macam biasa, admin lihat teh tarik panas sentiasa menjadi pilihan orang Malaysia. Manakala budak-budak kecil kebanyakan fokus kepada desert. Mari kita lihat pula apa desert yang ada di sini!

menu dkayangan

desert dkayangan

Kalau dah makan yang berat-berat mesti nak cuba desert pulak kan? Di sini, ia ada menghidang buah-buahan, kuih-muih, kek dan juga 8 perisa Ice-cream yang berbeza. Rasanya, semua crew kami lepas habis makan yang berat-berat terus pergi sebu bahagian ice cream ni. 🙂

Untuk pengetahuan anda, harga per pax di restoran D’Kayangan hanya RM28.90 sahaja pada hari bekerja (Isnin-Jumaat) dan RM33.00 pada hari cuti (Sabtu-Ahad, Public Holidays). Murah kan??

Secara keseluruhannya crew kami semua sangat puas hati dengan makanan dan layanan yang diberikan di restoran D’Kayangan. Admin juga rasa restoran ini mudah sangat sesuai untuk seisi keluarga, mahupun pelajar sendiri kerana harganya yang sangat berpatutan. Jadi kepada peminat Steamboat, admin boelh recommended sangat tempat ni. Restoran D’Kayangan ini memang boleh dikatakan antara restoran Steamboat yang terbaik di Shah Alam!

Apa Komen Anda?

D’Kayangan Seksyen 13, Steamboat Terbaik di Shah Alam!

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in