Engineer VS Doktor


Seorang engineer yang berasal dari Ipoh, Perak bernama Saifullah(bukan nama sebenar) yang telah lama berhenti kerja dan tidak mampu untuk mencari kerja baru dalam sektor Gas & minyak di Malaysia telah membuatkan beliau berfikir untuk membuka sebuah klinik menggunakan seluruh wang simpanan beliau di bank.

Setelah 2 bulan beliau “set up” kedainya di ss15, Subang Jaya, Beliau telah menaikkan sebuah iklan untuk mempromosikan klinik beliau. Iklan tersebut tertera “Jika anda mempunyai masalah kesihatan dalam & luaran, mari datang ke klinik kami untuk menerima rawantan serendah RM500. Jika anda masih lagi tidak sihat, maka kami akan membayar semula kepada anda sebanyak RM1000.”

 

 

Seorang doktor yang kebetulan juga membuka klinik tidak jauh dari situ merasakan bahawa ini adalah peluang beliau untuk mendapatkan wang RM1000 dengan percuma. Pengalaman dan juga ilmu perubatan yang beliau ada membuatkan beliau tahu mesti ada penyakit yang tidak boleh dirawat.

2 hari selepas iklan di naikkan, doktor tersebut datang ke klinik Saifullah dengan niat untuk mendapatkan RM1000. Beliau datang dan memberitahu Saifullah,

Doktor : “doktor Saifullah, saya telah hilang deria rasa di lidah saya. Bolehkah kamu mengembalikan deria rasa saya?”.

Saifullah : “tidak ada masalah. Nurse, tolong ambil ubat yang ada label m-22 dan titiskan 3 titik dalam mulut pesakit.”

Doktor : “Ini petrol !!!.”

Saifullah : “Tahniah, sekarang kamu dah dapat kembali derai rasa di lidah kamu. Jumlah kos perubatan kamu RM500. Sila bayar di kaunter hadapan.”

Doktor tersebut pulang dengan muka masam. Selang beberapa hari, doktor kembali semula ke klinik Saifullah dengan harapan untuk mendapatkan lagi RM1000.

Doktor : “Doktor Saifullah, saya rasa saya dah hilang memori saya. Boleh tak doktor kembalikan semula memori saya?”

Sambil tersenyum saifullah berkata;

Saifullah : “Nurse, tolong ambil ubat yang ada label m-22 dan titiskan 3 titik dalam mulut pesakit.”

Doktor : “Eh tu minyak petrol. Kenapa nak letak lagi minyak petrol dalam mulut saya macam 3 hari lepas?”

Saifullah : “Tahniah, sekarang kamu dah dapat dapat kembali memori kamu. Jumlah kos perubatan kamu RM500. Sila bayar di kaunter hadapan.”

Lagi sekali doktor tersebut kerugian dan kali ini beliau betul marah terhadap Saifullah. Keesokan harinya, doktor tersebut terus kembali ke klinik Saifullah dan memberitahu;

Doktor : “Doktor Saifullah, penglihatan saya telah kabur dengan teruk. Sekarang saya tak nampak apa yang ada di hadapan saya. Tolong sembuhkan kembali penglihatan saya seperti normal”.

Saifullah : “Minta maaf, untuk masalah mata saya tidak ada ubat untuk merawatnya. Nah ambil duit RM1000 ini”.

Doktor : “ok. Tapi doktor, ini RM500, bukannya Rm1000.”

Saifullah : “Tahniah!!!, sekarang kamu dah dapat lihat dengan jelas. Jumlah kos perubatan kamu RM500. Sila bayar di kaunter hadapan.”

 

Apa Komen Anda?

Engineer VS Doktor

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in