Eureka Pertaruhkan Single Terbaru Berjudul “KAMU”


eureka, kamu, lagu baru 2017,

Kuala Lumpur, 29 Januari – EUREKA kembali mewarnai industri muzik tahun 2017 dengan single terbaru mereka berjudul “KAMU”.

“KAMU” merupakan taruhan terbaru kumpulan ini yang pastinya lebih dekat dengan jiwa pendengar. Lagu ini berkonsepkan balada, lagu dan lirik dicipta dan ditulis oleh Dailami, seorang komposer baru di dalam industri muzik tanah air.

Lagu ini berkisarkan tentang perasaan cinta yang mendalam seorang lelaki kepada wanita yang disukainya. Lirik “KAMU” secara keseluruhannya menggambarkan rintihan hati lelaki tersebut yang selama ini mencintai wanita tersebut di dalam diam.

“Lagu ini dilhamkan dari kisah seorang rakan yang kami kenali dan lalu di ambil kisahnya sebagai jalan cerita. Kami kagum dengan perasaan yang wujud di situ kemudian cuba untuk mengeskpresikan rasa tersebut di dalam sebuah lagu” kata Haris (vokalis/gitaris).

“Lagu ini kami susun bersama dan juga mempunyai feel yang berat. Ianya mengambil masa 8 bulan untuk disiapkan, disaratkan lagi dengan pelbagai elemen yang kami rasa mampu untuk diketengahkan bagi melahirkan identiti Eureka itu sendiri”, kata Ijoy (pemain bass).

Proses rakaman bagi single “KAMU” dijalankan di E Studios Production, di Petaling Jaya bermula daripada peringkat demo, rakaman, sehingga ke proses adunan bunyi dan setiap anggota kumpulan Eureka menyumbang tenaga dan bekerja sama dengan baik di dalam menyiapkan lagu “KAMU” yang terdiri daripada Haris (Vokalis/Gitar), Joy Fikri (bassist) dan Raja (pemain dram).

Bernaung di bawah Stereoactive (Syarikat pengurusan) Eureka kini terikat dengan aktiviti promosi di media cetak dan eletronik bagi mempromosikan “KAMU” dan turut di dalam perancangan untuk menghasilkan muzik video “KAMU”.

“Kami berasa teruja dan tidak sabar untuk berkerjasama dengan semua pihak di dalam penggambaran muzik video dan juga mengalukan sebarang kolaborasi muzik dengan pihak luar. Terimalah lagu ini sebagai hadiah buat semua yang tidak jemu menyokong kami selama ini.” kata Haris (vokalis/gitaris) yang juga bekas anggota kumpulan Klangit.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2015 sebelum ini pernah muncul dengan single pertama mereka yang berjudul “Kejari Pelangi” di awal tahun 2016.

Layari medium sosial berikut seperti Facebook, YouTube, Instagram, Twitter, bagi mengikuti perkembangan terbaru kumpulan Eureka dengan kata nama “Eurekaofficial”.

YouTube Kamu EUREKA (Official Lyric Video)

SOSIAL MEDIA:
Facebook (Eurekaofficial)
Instagram (@eurekaofficial)
YouTube: (Eureka Official)
Twitter: (Eurekaofficial)

UNTUK INFO LANJUT:
Faris Ramli (Abun)
Pengurusan & Promosi
STEREOACTIVE MUSIC
Mobile: +60166253205
Email: stereoactive.my@outlook.com
55B 2nd Floor, Jalan SS2/55
SS2, Petaling Jaya 47300 Selangor

Apa Komen Anda?

Eureka Pertaruhkan Single Terbaru Berjudul “KAMU”

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in