Fee Haiqal , Noraniza Idris muncul dengan single terbarunya


Siapa sini peminat muzik Irama Malaysia ? Noraniza Idris kembali dengan single terbaru bersama dengan anaknya sendiri iaitu saudara Fee Haiqal. Pastinya ada kelainan yang ingin mereka tonjolkan kali ini.

Pada 9/5/2017 baru-baru ini, team Bloggerbar Media sempat menghadiri majlis Perlantikan Duta sekaligus pelancaran single terbaru Noraniza Idris & Fee Haiqal. Noraniza Idris dilantik sebagai duta rasmi Permata Saadah selama 2 tahun seiring dengan kelembutan irama melayu yang dilancarkan sempena sambutan hari ibu pada 14/5/2017.

 

Saya tertarik untuk menemu ramah pelantun lagu “AKU MENCARI” yang dinyanyikan oleh saudara Fee Haiqal. Jejaka yang berbakat besar ini memulakan kerjaya sebagai model sambilan sejak dua tahun lepas & telah merangkul beberapa title besar dalam setiap program yang disertainya seperti Mr.Planet Malaysia 2013 (Top 5)

Fee Haiqal menjelaskan mengambil masa 2 tahun untuk menyiapkan lagu “Aku Mencari” setelah jamming bersama rakan-rakan sehinggalah proses rakaman album. Fee sendiri akui sangat selektif dalam pemilihan irama dan genre yang akan diketengahkan untuk pendengar supaya ada kelainan & unik.

Kata Fee Haiqal lagi, “Lagu ‘Aku Mencari’ yang diilhamkan oleh kisahnya sendiri dimana seorang jejaka ini memerlukan masa untuk memantapkan “financial freedom” dalam memenangi hati gadis idamannya.  Pada masa yang sama dalam setiap percintaan pasti ada dugaan dimana seorang jejaka yang lain cuba untuk memenangi hati gadis itu dengan segalanya yang sudah cukup tersedia.  Namun, kita harus percaya dengan cinta hati dan ketulusan akan lebih berkat dalam menjalani kehidupan yang abadi bersama yang tersayang.” Terang Fee Haiqal dengan panjang lebar.

Jejaka kelahiran Johor ini yang tidak lokek dengan senyuman dan sangat peramah dalam setiap soalan yang di ajukan. Katanya lagi dalam masa terdekat juga beliau akan release beberapa single lagu terbaru selepas kemunculan ‘Aku Mencari’ pada masa yang sama untuk menanti respons dari peminat. Jadi kepada gadis di luar sana jangan lah terlalu memandang kebendaan dalam mengejar percintaan kerana di setiap lelaki yang berjaya pasti ada wanita yang menyesal (Dzawin, 2017).

     Lagu ‘Aku Mencari’ akan release di radio dalam masa terdekat  dalam bulan ini (May 2017)” Jelas Fee Haiqal.
Akhir kata dari Fee Haiqal diharapkan generasi muda pada masa kini lebih cenderung untuk lebih kreatif dan jangan takut untuk menyahut dalam apa jua bidang yang diminati walaupun di usia yang muda.  Bekerjalah dengan hati dan tidak ada jalan pintas dalam mencapai satu kejayaan.
Disini kami sertakan biodata dan lirik single terbaru Fee Haiqal ‘Aku Mencari’
Biodata Fee Haiqal
Nama penuh   : Mohd Alfeeq Haiqal B. Mohammad Fauzi
Tarikh Lahir   : 31 Ogos 1993
Umur               : 24 Tahun
Tempat Lahir : Selangor
Adik beradik   : 2 orang lelaki (Anak Bongsu)
Kerjaya            : Pengusaha product Truly Aura/ Aura by Noraniza Idris /Personal Trainer/ Fitness Instructor
Lagu              : Aku Mencari
Artis             : Fee Haiqal
Komposer   : Fee Haiqal
Lirik             : Fee Haiqal / Ihab Ismail
Konsep        : Pop Rhythm & Blues
Penerbit     : Fee Haiqal
Terbitan     : Noraniza Idris Produc!on Ventures Sdn Bhd
Edaran digital : Luncai Emas Sdn Bhd
Tarikh lancar   : 15 April 2017
Lirik lagu ‘Aku mencari’ –Fee Haiqal
Ooo.. Ooo.. Lalala…
Setiap kaliku pandang wajahmu
Senyumanmu mnggoda
Inikah rasa cinta?
Terhenti fikiran tak keruan
Ku terdiam terus membisu
Terpersona ayumu
*Sayang… berikan ku masa
Untuk kusempurnakan kelemahan diriku
Jangan… Kau jauhi diri
Ku tahu kau ragu akan kehidupan ini
Aku mencari, kau berlari
Jadi tak guna kalau ku sendiri
Dunia berbeza, fikiran tak sama
Berikan aku masa untuk berusaha
Woo.. Woo.. Lalala..
Apa yang ada pada diriku
Takkan bisa meyakinkan dirimu
Ku tahu kau takkan pernah percaya
Dengan kata yang keluar dari haku woo..
(ulang *) x1
Engkaulah yang ismewa
Yang ku seru yang ku puja
yeah, kini ku mengerti
Kau lah yang terbaik yang takkan ku miliki
wohooo… wohooo.. yeahh
Dunia berbeza, 5kiran tak sama
Berikan aku masa untuk berusaha
Aku mencari, kau berlari
Jadi tak guna kalau ku sendiri
Dunia berbeza, 5kiran tak sama
Berikan aku masa untuk berusaha.. hoo..
Noraniza Idris Produc!on Ventures Sdn Bhd
Tel : 03 9105 7066
HP : 016 2918066
Email : nipvsb@gmail.com
Laman Web: www.akarkitazapin.com.my
IG & FB: Noraniza Idris / NIPVSB / Fee Haiqal
Youtube : Noraniza Idris Produc!on Ventures Sdn Bhd

Apa Komen Anda?

Fee Haiqal , Noraniza Idris muncul dengan single terbarunya

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in