FILEM AKSI POWER RANGERS (2017) MOVIE REVIEW


FILEM ZAMAN 90-AN YANG MAMPU MENGEMBALIKAN KENANGAN SILAM SEWAKTU DI BANGKU SEKOLAH DAN BERJAYA MENJADIKAN FILEM INI SESUAI UNTUK ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK.

Tajuk: Powe Rangers (2017)
Genre: Aksi, Fantasi, Sci-Fi
Durasi: 2 Jam 4 minit
Arahan: Dean Israelite
Pelakon: Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks

SINOPSIS

Selepas mengetahui bahawa bandar kecil mereka iaitu Angel Grove akan di musnahkan oleh kuasa jahat yang mencari sebuah kristal untuk menakluk dunia, lima kanak-kanak yang mempunyai masalha peribadi masing-masing harus bersatu untuk mendapat kuasa yang luar biasa yang mampu menyelamatkan dunia. Dengan bertukar menjadi Power Rangers sahaja baru mereka mampu mengalahkan kuasa jahat Rita Repulsa.

REVIEW

Sudah lama saya tunggu filem ini ditayangkan di pawagam kera Saya memang meminati Power Rangers dari kecil lagi. Dan apabila mendengar bahawa mereka akan membuat ‘remake’ untuk filem Power Rangers The Movie, memang saya betul-betul tak sabar menunggu cerita ni sebab nak tahu macam mana mereka nak menceritakan semula kisah Power Rangers ini.

Sebagai salah seorang peminat Power Rangers, secara jujurnya saya boleh bagitahu, permula penceritaannya memang terbaik. 10/10 saya bagi kepada pengarah yang menceritakan semula bagaimana asal-usul dan terjadinya watak Zordon dan Rita.

Kemudian masuk pula babak cerita tentang anak muda yang bakal mendapat kuasa Power Rangers, saya memang suka kerana jalan cerita bagi setiap watak memang tidak membosankan dan yang menariknya setiap watak ada karakter dan kisah hidup masing-masing.

Walaupun di pertengahan cerita agak membosankan, namun bagi saya pengarah tetap mampu membuat saya terhibur dengan selitan adengan-adengan lawak, aksi lawan yang menarik, dan jugak kemunculan robot – robot power rangers yang sememangnya amat menakjubkan ala-ala Transfomers.

SECARA KESELURUHAN

Sekiranya anda adalah peminat setia Power Rangers sewaktu di bangku sekolah dulu, saya sarankan anda mesti tengok filem ini. Sekiranya anda sudah berkeluarga, bawak sekali keluarga anda kerana walaupun nampak seperti lain dari Power Rangers sebelumnya, namu filem ini memang sesuai untuk tontonan kanak-kanak kecil.

Selain itu dan yang paling penting anda mesti tahu bahawa filem ini juga ada ‘post-credit scene’ ala-ala filem marvel. Jadi jangan terus keluar panggung selepas anda selesai menonton filem ini.

TRAILER POWER RANGERS

Apa Komen Anda?

FILEM AKSI POWER RANGERS (2017) MOVIE REVIEW

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in