‘Baby Driver’ Boleh Dikatakan Filem Rompakan Terbaik Tahun Ini


baby driver
‘Retarded meaning slow, was he slow?’

Sejujurnya inilah filem paling stailo yang pernah saya tonton tahun ini, Edgar Wright kali ini betul-betul tunjukkan kegilaannya dalam pembikinan sesebuah karya yang akan menjadi buah mulut orang ramai.

Filem ini berpusat kan pada Baby seorang’ get away ‘ driver yang tolong bawak kereta untuk kumpulan perompak, filem ini juga mempunyai barisan pelakon yang bukan calang2 seperti, Kevin Spacey, Jon Hamm dan Jamie Foxx.

Antara highlight yang penonton harus peka:

Muzik

Edgar Wright mengeksploitasikan elemen muzik sepenuhnya dalam filem ini, setiap babak mempunyai lagu yang tersendiri

Kamera

Selagi ada ruang untuk di gunakan, selagi itulah Edgar akan cuba eksploit dari pelbagai sudut dan seperti filem beliau sebelum ini, elemen komedi mesti menjadi perkara wajib yang akan di masukkan dalam tak kira apa jenis frame sekalipun.

Lakonan

Bermula dari Ansel sehingga Jamie Foxx, setiap pelakon berjaya menjiwai watak yang tersendiri, falsafah filem ini lebih kepada kuasa membuat keputusan yang kita sendiri tidak sedari dan juga terhadap kuasa pilihan yang kita sendiri tak mampu untuk memilih.

Menariknya filem ini mempunyai perjalanan cerita yang rapi dan di susun kemas, lembaran cerita yang dibuka satu demi satu, tanpa audiens menggaru kepala, susunan cerita senang nak ikut dan tak mengelirukan.

Secara Keseluruhan

Ianya antara filem yang paling best pernah saya tonton tahun ini dan saya amat mengesyorkan pada peminat filem bertemakan rompakan atau heist!

Overall rating : 8.2/10

Apa Komen Anda?

‘Baby Driver’ Boleh Dikatakan Filem Rompakan Terbaik Tahun Ini

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in