FILEM SCI-FI SERAM LIFE (2017) MOVIE REVIEW


FILEM MANUSIA MELAWAN MAKHLUK ASING DI ANGKASA LEPAS YANG MEMPUNYAI JALAN CERITA YANG PERLAHAN TETAPI PADAT DENGAN AKSI.

Tajuk: Life (2017)
Genre: Aksi, Seram, Sci-Fi
Durasi: 1 Jam 43 minit
Arahan: Daniel Espinosa
Pelakon: Jake Gyllenhaal, Rebecca Ferguson, Ryan Reynolds

SINOPSIS

Sekumpulan saintis di Stesen Angkasa Antarabangsa menemui satu kehidupan yang sedang pesat berkembang, menyebabkan kepupusan di Marikh, dan kini mengancam anak-anak kapal dan semua kehidupan di Bumi.

REVIEW

Antara soalan lazim yang kita kerap persoalkan, adakah kita satu-satunya hidupan di alam semesta yang serba luas ini, atau ada yang lain? Itu lah antara inti pati yang di persembahkan di dalam naskhah LIFE. Jikalau kita lihat dari segi tersirat LIFE memberi pendedahan tentang erti sebenar kehidupan dan bertapa berharganya nilai kehidupan
Permulaan yang biasa-biasa umpama melihat opera angkasa. Jalan cerita di susun rapi untuk mengelakkan penonton mengantuk. Pendedahan plot di ungkai dengan rapi dan cermat selari dengan perkembangan setiap watak yang berada di dalam karya tersebut.
Jika kita lihat, sinopsis untuk LIFE agak ringkas, kisah nya bermula di mana para saintis menjumpai kehidupan di planet Marikh dan berniat untuk membuat kajian berharap agar Marikh boleh jadi penempatan kedua untuk manusia, tetapi apa yang terjadi bila kehidupan tersebut mempunyai daya evolusi yang pantas dan ia mengancam nyawa para penghuni ISS.
Sinematografi yang hebat, setiap babak di lakon baik tanpa cacat cela, penulisan skrip yang bersahaja dan konstruktif. Sungguhpun 90% filem ini adalah kesan khas, namun ianya tetap tidak merosak mood sewaktu menonton.

SECARA KESELURUHAN

Secara keseluruhan ianya sebuah filem yang menarik untuk di tonton, walaupun ada beberapa garis plot seakan sama macam gravity ( 2013) namun ianya mempunyai pengakhiran yang membuatkan audiens garu kepala.

TRAILER LIFE

Apa Komen Anda?

FILEM SCI-FI SERAM LIFE (2017) MOVIE REVIEW

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in