FILEM SERAM AKSI THE LAST VAMPIRE PRINCESS (2017) MOVIE REVIEW


FILEM AKSI SERAM RUSSIA YANG NAMPAK SEPERTI MAMPU MENANDINGI FILEM HOLLYWOOD TETAPI HANCUR DAN MENGECEWAKAN.

Tajuk: The Last Vampire Princess (2017)
Genre: Aksi, Fantasi, Seram
Durasi: 100 minit
Arahan: Emilis Velyvis
Pelakon: Ivan Yankovskiy, Leonid Yarmolnik, Lyubov Akstonova, Sabina Akhmedova

SINOPSIS

The Last Vampire Princess mengisahkan tentang seorang budak bernama Pasha yang berkerja dalam perkhidmatan penghantaran ekspres di Moscow. Suatu petang, ketika dia sedang bertugas untuk menghantar barang ke sebuah hotel, dia ternampak seorang wanita diserang oleh sekumpulan penjahat.

Pasha cuba untuk membantu wanita tersebut, namun ketika beliau sedang membantu wanita itu beliau perasan bahawa penjahat itu mempunyai kekuatan yang luar biasa. Ketika mereka sedang bergelut, muncul pula wakil-wakil agensi dari pihak kerajaan di tempat kejadian untuk menghentikan pergelutan antara mereka. Selepas itu, Pasha ditawarkan berkerja di pejabat rahsia wakil agensi kerajaan yang digelar “Department D”.

Pejabat ini berfungsi sebagai  tempat agen berkumpul untuk berurusan dengan roh-roh jahat, menjaga keseimbangan di antara manusia dan roh-roh jahat, dan kawalan ke atas semua makhluk bukan manusia yang tinggal di bandar, seperti poltergeists, bunian dan ikan duyung.

REVIEW

Secara jujurnya, ini pertama kali saya melihat cerita aksi dari Russia. Walaupun saya tidak mengenali kesemua pelakon ini namun bagi saya mutu lakonan mereka setanding dengan pelakon dari Hollywood. Pada permulaan cerita, saya dapat melihat bahawa cerita ini mempunya potensi yang besar kerana aksi perlawanan antara watak utama dan watak jahat yang amat mengagumkan. Selain itu kisah percintaan Pasha dan juga Dana, The Last Vampire Princess yang nampak manis dan indah itu mampu membuat saya ingin melihat cerita ini sampai habis.

Namun selepas selesai babak pertama pergaduhan, cerita ini telah makin menjadi bosan dan tidak ada tarikan lagi. Banyak juga adengan perbualan antara Pasha dan juga ketua agensi kerajaan yang bosan. Tidak ada aksi pergaduhan dan perbualan yang berpanjangan membuatkan cerita makin tidak menarik.

Pada pengakhiran cerita barulah nampak semula aksi menarik pergaduhan diantara kumpulan baik dan jahat. Namun dari awal sehingga penghabisan cerita, watak utama iaitu Pasha yang kurang beraksi membuatkan saya rasa kecewa dengan filem ini.

Secara Keseluruhan

Sekiranya anda tidak tahu cerita apa yang ingin anda lihat pada hujung minggu ini, jangan bazirkan wang anda untuk melihat filem ini. Simpan dan gunakan untuk melihat cerita lain pada minggu depan atau bulan depan bersama keluarga atau kekasih anda.

TRAILER THE LAST VAMPIRE PRINCESS

Apa Komen Anda?

FILEM SERAM AKSI THE LAST VAMPIRE PRINCESS (2017) MOVIE REVIEW

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in