Adakah anda merupakan seorang yang tercari-cari makanan yang sihat dan seimbang ? Susah nak jumpa ? Kalau jumpa pun harganya mahal kan. Biasanya makanan yang sihat agak mahal berbanding makanan segera. Oppps. Hehe

Baru-baru ni, crew Bloggerbar sempat hadirkan diri ke restoran terbaru Friends Of Burger (FOB)  di Bukit Jelutong, Shah Alam. Crew kami dijemput mesra oleh Tuan Anil Sharma, GM Business Development & Marketing Friends Of Burger. Majlis dihadiri oleh Dr. Haji Ahmad Kamal Zakaria, Chairman kepada syarikat F&B Dinasti Binaraya Sdn Bhd.

Kepada yang belum tahu tentang Friends Of Burger, mereka ni sebenarnya sudah hampir 2 tahun (15 Oktober 2015) bertapak di Malaysia.

Restoran berkonsepkan Fast Food ini juga boleh dikatakan setanding dengan restoran fast food jenama antarabangsa.

Mereka kini sudah memiliki lebih 7 cawangan di seluruh Malaysia – Berjaya Times Square, Damen Mall Subang Jaya, Pantai Cenang Langkawi, Ayer@8 Putrajaya, Sunway Putra Mall, Crave Burger Cyberjaya dan termasuk Bukit Jelutong, Shah Alam.

Mereka juga mempunyai perancangan untuk membuka sebuah lagi cawangan di Damansara City Mall.

Sewaktu Launching itu, pihak kami juga sempat menemubual Dr. Haji Ahmad Kamal Zakaria berkenan latar belakang restoran F.OB ini.

“Kami ingin kembangkan lagi jenama Friends of Burger ini di Malaysia kerana kami menyediakan burger yang boleh menandingi jenama-jenama burger yang lain.” kata Tuan Haji Awang.

Antara Menu-menu Menarik Friends Of Burger

Double Friends, Friends of Burger

Double Friends

Mini Burger, Friends of Burger

Mini Burger

Pasta Soft Shell Crab, Friends of Burger

Pasta Soft Shell Crab

Burritos, Friends of Burger

Burritos

Meat Lover, Pizza, Friends of Burger

Meat Lover, Pizza

MENU LAIN

Launching Event

Majlis dimulakan dengan ucapan rasmi oleh Dr. Haji Ahmad Kamal Zakaria. Majlis kemudian diteruskan dengan pelancaran restoran cawangan Friends of Burger di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Tetamu juga dijemput makan selepas pelancaran tersebut. Crew kami sempat mencuba kesemua menu-menu yang ada di sini. Dari pizza sehingga ke Burger Mini.

Sementara itu, mereka juga turut membuat pelancaran rasmi untuk Food Truck Friends Of Burger yang Pertama di Malaysia!

Apa yang menarik di sini, mereka juga ada menyediakan menu terbaru mereka, Tuna Wrap. Memang sangat sedapp!

 

Fakta menarik tentang FOB Shah Alam (Bukit Jelutong)

1- Mula beroperasi sejak 3 bulan yang lalu

2- Berjaya menambah satu lagi kemudahan untuk pengguna menikmati makanan mereka ( Foodtruck)

3- Diketuai sendiri oleh Chef yang PENGALAMAN LEBIH 25 TAHUN

Dr. Haji Ahmad Kamal Zakaria turut berkongsi “Food Truck FOB” akan turun menemui tempat2 terpilih bermula dari IOI Puchong itu sendiri dan setiap 2 minggu akan bertukar tempat. Nak tahu di mana ? Stay tune dengan Friends Of Burger yee

 

KELAINAN yang cuba ditonjol mereka berbanding restoran lain adalah mereka ini “Bukanlah Fast Food, malah bukan juga Dining Food”. Mereka lebih mengetengahkan konsep makanan sihat, sesuai untuk kunjungan sekeluarga, rakan-rakan dan disini juga sesuai untuk diadakan sebarang majlis kerana tempat yang begitu cantik. Boleh rujuk gambar di bawah :

 

 

Macam mana ? Menarik kan ruang kedai FOB Shah Alam ni ? Bukan sahaja ruang kedai yang begitu selesa, mereka turut ada ruangan untuk sesi karaoke (Gambar diatas) .

[Kualiti Makanan Dijaga]

Kami dimaklumkan beef patty mereka adalah buat mereka sendiri. Chef ingin memastikan kualiti dan kalori makanan itu seimbang. Makanan disini juga disediakan dari outlet masing2 yer.

[Pelbagai Sos Ada]

Di FOB itu sendiri terdapat 12 JENIS SOS yang dibuat sendiri. Selain lain sos cili dan tomato, ada lagi 10 jenis sos. Pandai2 lah korang pilih

[Makanan Yang Seimbang]

Chef akan memastikan setiap makanan yang dikeluarkan adalah seimbang dari segi kalori & kelas makanan

[Inovasi Makanan]

Setiap bulan akan ada sesi 3 hari menu baru untuk pelanggan mencuba

[Sesuai di adakan acara syarikat]

Ruang & dekorasi kedai yang luas ini sangat sesuai diadakah majlis seperti meeting, ruang sambutan hari jadi, ruang sambutan majlis perkahwinan

[Talent Corner]

Mereka yang berminat untuk berkaraoke dengan kawan2. Jom serbu sendiri di Bukit Jelutong. Yang penting karaoke PERCUMA taw. Fuhhhhh

Begitulah sedikit sebanyak tentang pelancaran Friends Of Burger di Bukit Jelutong , Shah Alam. Kami dari team Bloggerbar Media Online mengharapkan perniagaan bumiputera kita sentiasa diangkat kerana ianya lebih dipercayai dan kualiti makanan yang dijaga dan sentiasa dipantau.

Apa Komen Anda?