Gadis ini pernah digelar Alien kerana namanya


“Ada sesetengah rakan yang panggil saya si pelik, ada juga yang menggelar saya nama alien kerana nama saya tidak sama dengan mereka.” kata empunya nama Nur Syaronaraudhah Kamaruzaman, 20.

BATU PAHAT – “Nama saya Syaronaraudhah, tapi ramai yang tak dapat sebut dengan betul apabila kali pertama menyebutnya.” kata gadis itu.

Dia yang lebih mesra dipanggil Shon oleh rakan-rakan, berkata, ada yang terbelit lidah apabila menyebut atau memanggilnya, sehingga ada yang tersasul memanggilnya sayonara atau sauna.

Pada awalnya, Shon agak kekok terutama ketika di sekolah rendah, namun lama kelamaan da sudah terbiasa dengan nama itu yang boleh dianggap pelik jika nak dibandingkan dengan nama rakan-rakannya yang lain.

“Ketika kecil saya agak kekok dengan nama ini. Ada sesetengah rakan yang panggil saya si pelik, ada juga yang menggelar saya nama alien kerana nama saya tidak sama dengan mereka.

“Pernah juga saya menangis dan minta ayah serta ibu menukar nama saya kerana tidak tahan dengan gelaran Alien yang diberikan oleh rakan-rakan sekelas.

“Bukan itu sahaja, selain rakan ada juga guru yang tersalah sebut nama saya sehinggakan dia berulang-ulang kali menyebut nama saya termasuklah ketika dalam perhimpunan mingguan.”

Jadi popular di sekolah kerana nama

Walaupun pada awalnya dia agak malu kerana mempunyai nama yang boleh dianggap pelik dan tidak seperti nama kebanyakan rakan, namun akhirnya ia menjadi kebanggaan pula.

Dengan nama itu, Shon menjadi terkenal di sekolah dan semua mengenalinya. Bukan sahaja pelajar dan guru, malah kerani dan pekerja kantin juga mengenalinya.

“Di zaman persekolahan, pelajar yang terkenal biasanya seorang yang aktif, contoh atlet, pelajar pintar atau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tertentu.

“Tetapi berbeza dengan saya, yang jadi popular kerana nama. Walaupun pada mulanya saya malu, pernah menangis kerana nama tetapi akhirnya saya berbangga dengan nama yang diberikan oleh ayah.”

Kad pengenalan milik Nur Syaronaraudhah.

Menurut Shon, dia diberitahu oleh ayahnya yang nama berkenaan diberikan kerana minat kedua ibu bapanya itu terhadap seorang model dari India ketika tahun 1980-an.

“Ada yang kata nama saya mungkin nama Siam, kerana ibu saya berketurunan Siam, tetapi bukan itu sebenarnya. Nama saya diambil daripada nama seoranf selebriti dari India,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Namun begitu, ketiga-tiga adiknya tidak mempunyai nama yang pelik, iaitu Danish Iskandar, 14, Daniel Haikal, 7, dan Danny Aisy Harraz, 6.

Selalu dapat layanan istimewa

Namanya itu juga menyebabkan dia sering mendapat layanan istimewa daripada pihak tertentu.

Sebagai contoh, ketika mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), petak nama yang disediakan tidak mencukupi dan dia terpaksa dikuarantin sementara sehingga urusan pendaftaran selesai.

“Ia bukan sahaja berlaku ketika UPSR, malah saya berdepan masalah sama ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Baru-baru ini, ketika mengisi borang untuk ke Universiti Awan (UA) juga bermasalah, sehingga saya terpaksa melakukan secara manual, bukan mendaftar secara dalam talian seperti pelajar lain.” katanya.

P.s: Nasihat admin kepada pembaca, jika ingin memberi anak nama kelak, pilihlah nama yang elok dan ada maksud yang bagus. Kepada yang sudah diberi nama yang ganjil ini, bersyukurlah kerana ada yang lahir dengan nama yang lagi pelik dan lagi teruk, lucu.

Petikan dari Sinar Harian.


Apa Komen Anda?

Gadis ini pernah digelar Alien kerana namanya

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in