Viral! Gambar Tok Pa Tunggu Giliran Jumpa Doktor Kerajaan


gambar tok pa

VIRAL! Gambar seorang menteri kabinet yang dikenali sebagai Tok Pa dilihat sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor di Hospital Kuala Lumpur menjadi tular di laman media sosial.

Gambar Tok Pa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, atau nama sebenar Datuk Seri Mustapa Mohamed sedang duduk di ruang menunggu bersama pesakit lain.

Ia disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak terfikir akan dilakukan kebanyakan orang kenamaan.

Gambar itu dimuatnaik dalam laman Facebook Friends of BN pada Selasa.

“Saya ada temu janji pada pukul 8 pagi di sebuah klinik pakar di HKL.

“Sementara menunggu giliran untuk bertemu doktor saya berpeluang berbual dengan beberapa pesakit,” kata Mustapa ketika dihubungi.

Mustapa berkata dia mengalami ruam yang teruk selepas pulang dari luar negara.

Katanya, ia merupakan kali ketiga beliau mendapatkan rawatan di HKL.

Gambar itu mendapat kira-kira 1,500 likes dan mendapat perkongsian sebanyak 67 kali dan 534 komen setakat ini.

Sumber: mStar

Apa Komen Anda?

Viral! Gambar Tok Pa Tunggu Giliran Jumpa Doktor Kerajaan

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in