Filem Seram Thai Haunted School (2016) Review


Haunted School Thai Movie 2016

Anda sudah bersedia untuk menonton Filem seram yang terbaru daripada Thailand? Kepada peminat-peminat filem seram Thai, filem ini pasti dapat menghiburkan anda pada bulan Disember 2016 ini!

Pada 14 Disember 2016 yang lepas, Abg Jo dapat menyaksikan filem Thai yang bergenre seram dan komedi ini semasa Special Screening ‘Haunted School’ di GSC Midvalley Bangsar. Anda pasti tertanya-tanya apa yang menarik dalam filem ‘Haunted School’ ini, mari kita teruskan ke segmen Movie Review ini.


Genre: Seram Komedi

Arahan: Manussanun Pongsuwan

Durasi: 1 Jam 40 Minit

Tarikh Tayangan: 15 Dec 2016

Barisan Pelakon: Supatat Opas, Ingkarat Damrongsakkul, Suchart Chankaeo, Chayanat Jamsai, Punada Vosbein

Pengedar: RAM Entertainment


Sinopsis

Filem seram komedi yang bertajuk Haunted School ini mengisahkan sebuah sekolah yang mempunyai banyak cerita-cerita seram. Pada hari orientasi, terdapat sekumpulan pelajar memonteng kelas. Mereka menikmati diri mereka dengan saling memberitahu cerita-cerita seram antara satu sama lain dengan setiap cerita baru cuba untuk menakutkan daripada yang sebelumnya. Terdapat 5 kisah seram yang diceritakan dalam filem ini. Namun apa mereka tidak tahu sebenarnya terdapat satu perkara misteri yang pernah berlaku di dalam bilik kelas yang mereka sedang asyik bercerita.

 

Komen Abg Jo

Filem Haunted School ini merupakan filem seram komedi yang sangat menghiburkan. Tahap keseraman ia memang ada namun pada masa yang sama, banyak juga babak-babak yang diselitkan. Make up dan grafik untuk hantu seperti filem Thai yang lain. Suspen! Okay, banyak babak-babak suspen dan mengejut-gejutkan sebenarnya dalam filem ini. Dalam banyak-banyak kisah yang diceritakan, Abg Jo rasa kisah tiga yang terakhir boleh dikategorikan paling seram dan ada juga kisah yang paling lucu.

Kesimpulan

Abg Jo memberi rating 3/5 untuk filem seram komedi Haunted School (2016) ini. Kepada yang penakut juga boleh dilayan filem ini kerana dalam seram banyak babak-babak lucu yang diselitkan. Mungkin kepada peminat filem seram Thai tegar, filem ini tidaklah terjatuh dalam kategori filem Thai yang paling seram. Ia boleh dikategorikan sebagai filem seram komedi Thai yang best pada 2016.


P.S: Dengar cerita filem Rogue One: A Star Wars Story best. Hahh nanti Abg Jo buat review untuk filem Star Wars pulak esok lusa.


Apa Komen Anda?

Filem Seram Thai Haunted School (2016) Review

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in