JERAWAT BUKAN LAGI MASALAH DENGAN JUS HARMONI


jus harmoni, masalah jerawat

Hello BloggerBar!

Sebelum ni Abam ada mengomel di IG tentang masalah jerawat yang Abam alami kebelakangan ni dan kerisauan Abam masalah jerawat ini akan berulang seperti yang Abam pernah alami sebelum ni.

Thanks God! Lepas Abam post di IG ramai kenalan bantu bagi tips macam-macam dari pengalaman masing-masing. Dari kaedah tradisional hinggalah ke penggunaan produk moden. Sepupu Abam telah perkenalkan Jus Harmoni yang awesome ni kepada Abam. Satu botol kecil yang mengandungi pelbagai khasiat untuk merawat pelbagai masalah.

Pada beberapa tahun sebelum ini Abam pernah mengalami masalah jerawat yang kritikal. Ini wajah Abam ketika diserang masalah jerawat tanpa belas kasihan. Ramai yang tak percaya bila Abam tunjuk gambar ni… Tapi ini lah realitinya… Masalah jerawat ni datang secara tiba-tiba saja dah tu sekali serang penuh muka Abam… Beribu Abam laburkan dengan menggunakan produk The Body Shop, New York Skin Care dan juga produk penjagaan muka dari Dior yang akhirnya membuatkan masalah jerawat yang Abam alami menemui penyelesaiannya… Dior merupakan jenama yang sudah tentu tidak sapat dinafikan kehebatannya. Memang kenalah dengan harganya, sebotol pencuci muka sahaja sudah hampir RM300, itu belum masuk toner, day cream, night cream, eye cream, moisturizer dan lain-lain lagi… So berapa korang rasa Abam habiskan untuk hilangkan jerawat seguni kat buka Abam ni…??? Menangis perut tak makan semata-mata nak hilangkan jerawat dekat muka… Itu cerita 3 tahun lepas… 2 minggu lepas Abam telah bertukar pekerjaan. Pekerjaan baru Abam membuatkan waktu tidur Abam terganggu kerana kadang kala Abam perlu berjumpa dengan pelanggan di awal pagi, lewat petang, termasuklah tengah malam. Abam juga perlu bergerak jauh dari satu tempat ke satu tempat kadang kala. Letih, tapi apa kan daya nak cari rezeki yang halal… Baru-baru ni abam sedar muka Abam kembali diserang jerawat dan ianya kelihatan seperti petanda pada masalah jerawat kritikal yang Abam pernah alami sebelum ini… Ini membuatkan Abam bertambah stressssss… Abam dah tak sanggup ikat perut untuk habiskan duit dengan produk penjagaan muka… Tapi dalam masa yang sama Abam tak sanggup nak lalui keperitan masalah jerawat ni jugakkkkk…

Finally Abam jumpa JUS HARMONI… Produk keluaran Beauty Fame & Health Enterprise ini mengandungi 15 herba tradisional dan 3 herba mode. Mengandungi bahan-bahan herba yang digunakan 100% asli tanpa penggunaan sebarang bahan kimia membuatkan Jus Harmoni produk yang Abam percaya untuk gunakan tanpa was-was.

  1. Ekstrak delima
  2. Ekstrak kurma
  3. Ekstrak prune
  4. Ekstrak madu
  5. Ekstrak buah tin
  6. Ekstrak kunyit
  7. Ekstrak kacip fatimah
  8. Ekstrak manjakani
  9. Ekstrak serapat
  10. Ekstrak tongkat ali
  11. Ekstrak pegaga
  12. Ekstrak peuraria mirifica
  13. Ekstrak habatussauda
  14. Ekstrak alba
  15. Ekstrak african mango
  16. Ekstrak collagen
  17. Vitamin C
  18. Vitamin A, B3 dan B5

Penggunaan Jus Harmoni sangat mudah. Hanya perlu dua-tiga semburan di bawah lidah sebanyak dua atau tiga kali sehari sebelum waktu makan. Semburan dibawah lidah dapat mempercepatkan proses penyerapan nutrisi produk ke dalam badan kita.

Keberkesanan Jus Harmoni mengikut faktor umur dan metabolisme pengguna. Produk ini mampu mengatasi masalah pengguna berusia 20 tahun yang mengalami masalah jerawat dan peredaran darah haid dengan hanya mengamalkan produk ini dalam tempoh 14 hari sahaja. Ada pengguna yang berusi 30 tahun pula dapat melihat hasil penggunaan produk ini selama satu bulan.

Jus Harmoni

Apa Komen Anda?

JERAWAT BUKAN LAGI MASALAH DENGAN JUS HARMONI

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in