Daebak! Hutan di Pulau Jeju Ini Diberi Nama G-Dragon


hutan G Dragon

Hutan G-Dragon? Ya, perkara ini memang betul-betul berlaku di Korea Selatan.

Sebuah hutan simpan di Pulau Jeju, Korea Selatan dinamakan G-Dragon bersempena nama rapper anggota kumpulan Big Bang yang terkenal itu.

Dari sumber Hellokpop, mereka melaporkan G-Dragon adalah selebriti pertama yang dipilih untuk tujuan itu malah sebuah majlis pelancaran turut diadakan pada 14 Mei yang lalu.

Dahsyat betul G-Dragon atau lebih dikenali sebagai GD ni.

Hutan G-Dragon ini juga mempunyai sebanyak 50 pokok citrus yang ditanam dalam sebuah muzium di hutan berkenaan yang terletak di Seogwipo.

hutan g dragon

Apa yang mengejutkan?! Sebenarnya projek ini diusahakan oleh kelab peminatnya, Always-GD dengan kerjasama sebuah organisasi iaitu Tree Planet.

Dan ianya dilakukan bersempena dengan sambutan hari lahir ke-29 penyanyi itu pada Ogos tahun lalu.

Hardcore fan betul diorang ni, untunglah jadi G-Dragon.

hutan g dragon forest

“Kami berbesar hati dapat membuka hutan ini kepada pengunjung dan berharap ia dapat menjadi lokasi pelancongan,”

“Ini pembukaan pertama hutan selebritis yang berada di tanah Pulau Jeju yang indah. Terima kasih untuk seluruh fans yang berdedikasi untuk menciptakan hutan G-Dragon ini.

“Kami harap banyak yang akan mengingat kegiatan ini di tahun-tahun mendatang,” kata wakil Tree Planet.

G-Dragon sekarang ni sedang dalam persiapan untuk mengadakan konsert jelajah dunia keduanya iaitu 2017 World Tour: Act III, M.O.T.T.E yang akan bermula pada Jun depan.

Selain Korea dan beberapa negara Asia, G-Dragon juga akan menjelajah ke Amerika Utara dan Oceania.

Sumber: HelloKpop

Apa Komen Anda?

Daebak! Hutan di Pulau Jeju Ini Diberi Nama G-Dragon

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in