Jangan Takut Pada Saya…


Tiada rasa malu timbul di hati, segalanya dilalui dengan penuh keredhaan terhadap ujian dari Allah SWT. Sudah lebih 50 tahun dia diuji dengan penyakit kulit kronik namun  Ishak Che Endut atau mesra disapa Pak Tam tabah menghadapinya.

“Jangan takut pada saya. Saya suka berkawan. Suka hidup bermasyarakat. Penyakit ini tidak berjangkit namun sehingga kini tiada penawar ditemui.

“Pada usia saya 8 tahun, satu ketulan timbul di paha  dan semakin saya membesar, lebih banyak ketulan yang muncul sehinggalah jadi begini. Ketika muda, saya bekerja mencari rezeki tetapi kini kudrat saya semakin lemah dan saya lebih banyak duduk di rumah sahaja mengharapkan bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan.

“Kalau boleh Ramadan ini saya ingin raikan dengan penuh rasa gembira seperti orang lain. Ada baju baru, ada orang tolong kemaskan rumah dan banyak lagi impian saya.

Marilah kita turut sama membantu bagi meringankan beban Encik Ishak (Pak Tam) ini. Boleh salurkan sumbangan ke Akaun Bank  Rakyat (22-004-120835-0) Ishak Che Endut. Nak ziarah beliau pun boleh di Kampung Sira Bawah, Baling Kedah

 

Sumber : Mingguan Wanita

Apa Komen Anda?

Jangan Takut Pada Saya…

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in