JENIN Teater Aswara Berjaya Memberi Kritikan Halus Pada Masyarakat Masa Kini


jenin teater aswara

Jenin teater Aswara bersifat eksperimental dan mempunyai kritikan sosial yang halus pada masyarakat masa kini.

Pada Ahad lalu saya di beri kesempatan untuk menonton teater ‘Jenin’ arahan pelajar Aswara En Iefiz Alaudin, ianya sebuah satira yang bersifat eksperimental dan mempunyai beberapa kritikan sosial yang halus dan ianya berkait pada masyarakat masa kini.

Introduction

Jenin teater Aswara bermula mempersembahkan dengan beberapa watak yang memakai topeng bertemakan ‘Masquerade’. Menariknya Masquerade merupakan satu pemalsuan di mana si pemakai hanya menggunakan topeng tersebut sebagai umpan untuk meraih simpati dan kepercayaan. Dari situ juga kita di perkenalkan dengan sebuah Negara Aisyalam (Malaysia), Negara yang telah lama di telan zaman. Dalam babak ini juga kita di perkenalkan dengan Tuan Aino, di gambarkan sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.

Konflik

Kisah diteruskan apabila Negara Aisyalam di landa wabak misteri yang mampu merubah seseorang menjadi katak dan monyet sebelum bertemu ajal. Konflik berlaku apabila tuan Aino yang kerisauan akan kesejahteraan rakyat Negara Aisyalam. Maka tuan Aino mengisytiharkan barang siapa yang mampu menyembuhkan wabak misteri tersebut beliau akan di beri ganjaran yang lumayan. Susulan kisah di panjangkan dengan pelbagai gelagat rakyat menghadap tuan Aino dengan niat untuk mendapatkan ganjaran tetapi semuanya gagal.

jenin cast

Babak seterusnya, kita di bawa ke masa kini di mana sekumpulan sahabat iaitu Enal Jameah, Nora, Idham dan Nabil mempunyai daya pemikiran yang tajam dan mempunyai kebolehan yang luar biasa. Mereka menjumpai satu kisah tentang Negara Aisyalam dan ganjaran yang dinyatakan. Babak ini memberi penerangan yang telus kepada setiap watak dan berjaya mencipta mekanisme yang seimbang dalam babak 5 sekawan tersebut.

Klimaks

Dengan gabungan idea mereka berlima mereka bercadang untuk membina mesin masa supaya mereka dapat pulang ke masa lampau di era kegemilangan Negara Aisyalam. Konflik berlaku apabila tuan Aino ingin mendapatkan penawar wabak misteri daripada mengetahui punca sebenar wabak tersebut berlaku. Perkara ini sering berlaku di dalam masyarakat kita di mana kita ralit ingin mencari penyelesaian tanpa sebarang usul periksa. Dan hasilnya kita tidak mendapat hasil yang di ingini.

jenin cast2

Keseluruhan

Meskipun ini sekadar teater eksperimentasi namun gaya persembahan dan kesungguhan para pelakon amat di tonjolkan di dalam teater ini, Jenin juga berjaya menggunakan ‘Break the 4th wall’ dengan rapi sekali. Walaupun ada beberapa silap kata namun ianya tidak menjejaskan persembahan Jenin teater Aswara yang bernada sedikit sinis ini.

Artikel Menarik Lain: Fee Haiqal , Noraniza Idris muncul dengan single terbarunya

Apa Komen Anda?

JENIN Teater Aswara Berjaya Memberi Kritikan Halus Pada Masyarakat Masa Kini

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in