John Wick: Chapter 2 (2017) Movie Review


john wick 2, poster, review

Hutang darah di bayar darah, hutang nyawa di bayar nyawa.


Tajuk: John Wick: Chapter 2 (2017)
Genre: Aksi, ‘Crime’, ‘Thriller’
Durasi: 2 Jam 2 Min
Arahan: Chad Stahelski
Pelakon: Keanu Reeves, Riccardo Scamarcio, Ian McShane


Review

John wick, bukan sebarangan orang, orang tua pernah berkata manusia yang kehilangan segalanya merupakan manusia yang paling bahaya, secara harfiah dan literasi Keanu Reeves berjaya menghidupkan semula watak John Wick bekas hitman yang ingin bersara tetapi terpaksa masuk semula atas dasar dendam.

Pembukaan cerita yang telus, tanpa membuang masa kita di bawa ke babak kejar mengejar, kesinambungan yang dinamik di kutip dari filem terdahulu untuk memberikan ‘feel’ bagi peminat John Wick sebelum ini.

Sejak filem pertama kita telah di gembar-gemburkan dengan keagungan John wick AKA Baba Yaga, sedangkan salah satu Ketua Assassin pun amat tahu tentang reputasi John wick, sinambungan kali ini meneroka lagi dalam tentang dunia pembunuhan dan kod yang dilaksanakan.

Padat dengan aksi, sinematografi yang hebat serta dengan koreografi yang seimbang tak membuat audiens mengantuk, olahan skrip yang padu serta berisi berjaya buat penonton menumbuhkan sifat ingin tahu dalam filem John Wick ini.

Trailer ‘John Wick: Chapter 2’


Apa Komen Anda?

John Wick: Chapter 2 (2017) Movie Review

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in