Cari Makan Bersama BloggerBar – Satay Muar Di Putra Perdana, Puchong


Satay Muar, Putra Perdana, Jalan Putra Perdana 8, Puchong, Ayam Daging

CARI MAKAN BERSAMA BLOGGERBAR ini adalah di bawah segmen Blog Makan. Di mana dalam segmen ini kami akan membuat sedikit reviu mengenai makanan-makanan, restoran-restoran tempatan dan sebagainya. Rakyat Malaysia memang suka kalau bab-bab makanan ini jadi mungkin lepas ini anda pula yang akan pergi ke restoran reviu kami dan cuba sendiri!

Hujung minggu lepas, admin sempat melawat ke rumah pakcik admin di Putra Perdana, Puchong. Selepas tiba di kawasan perumahan pakcik admin, kami memang dari dalam kereta lagi sudah nampak warung Satay Muar ini di tepi Jalan Putra Perdana 8 (berdekatan dengan taman permainan). Kami pun singgah sebentar untuk pekena Satay Muar disebabkan kakak ipar mengidam nak makan satay.

Sempat juga admin berborak dengan owner Satay Muar ni, katanya sudah hampir 10 bulan beliau berniaga di sini dan ramai yang buat tempatan hantar ke rumah (home delivery). Alhamdulillah ramai pelanggan dari kawasan perumahan beliau. Owner Satay Muar ini pun humble orangnya, senang nak berborak.


Harga

Ayam & Daging: RM0.80 secucuk. Admin sekeluarga habis kenyang makan dalam 25 cucuk, baru kena RM20. Satay semua daging gemuk-gemuk, itu yang makan 5 cucuk pun dah kenyang! Rugi rasanya kalau penduduk di Putra Perdana Puchong tak pekena Satay Muar ni.


Waktu Beroperasi

Waktu beroperasi Satay Muar bermula dari pukul 4 pm sehingga 10 pm setiap hari. Owner Satay Muar ni kata setiap hari dia akan sediakan dalam 200 cucuk. Jadi kalau habis awal, dia pun mungkin akan tutup lebih awal, ikut rezeki katanya. Mudah-mudahan kami dari pihak BloggerBar ini mendoakan yang terbaik untuk perniagaan Satay Muar Putra Perdana ini.


Lokasi Perniagaan


Galeri

[supsystic-gallery id=5]


Apa Komen Anda?

Cari Makan Bersama BloggerBar – Satay Muar Di Putra Perdana, Puchong

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in