Ditahan Jual Dadah Bersama Empat Orang Anak


jual dadah bawa anak, harian metro
thumbnail-caption

Kota Bharu: Suami isteri ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 160 gram bernilai RM80,000 dalam serbuan di Melor di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pasangan suami isteri yang bergiat aktif dalam sindiket ‘Madi’ ini ditahan pada 10.10 malam di dalam kereta ketika sedang menunggu pelanggan.

Katanya, pasangan berkenaan berusia 32 dan 38 tahun itu turut membawa empat anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah ketika beroperasi.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif morfin.

“Pasangan itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Pada masa yang sama beliau juga berkata, dalam dua serbuan berasingan di Batang Merbau di Tanah Merah dan di Kampung Chenulang, Kuala Krai, pihak polis berjaya menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 40 tahun dan merampas 210 biji pil kuda dan sembilan gram heroin bernilai lebih RM6,000.

Source dari Harian Metro

Apa Komen Anda?

Ditahan Jual Dadah Bersama Empat Orang Anak

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in