Jurutera Facebook Bangunkan Teknologi Taip Status Guna Otak


facebook brain, type status

Pernahkah anda menonton rancangan televisyen Silicon Valley di mana idea ini pernah dianggap agak mustahil namun baru-baru ini jurutera Facebook Inc. merancang untuk membangunkan teknologi yang membolehkan gelombang otak digunakan untuk menulis status ke laman Facebook di masa akan datang.

Agensi Berita Antarabangsa BBC melaporkan mereka membina sebuah perisian dikenali sebagai ‘silent speech’ yang membolehkan manusia menaip sebanyak 100 patah perkataan dalam tempoh hanya seminit.

Projek ini yang masih di peringkat awal, memerlukan teknologi terbaharu bagi mengesan gelombang otak tanpa melakukan pembedahan.

facebook type with brain

“Kami bukan bercakap mengenai menyahkod pemikiran rawak anda. Manusia berfikir banyak perkara dan anda memilih untuk berkongsi sesetengah daripada­nya,” kata Ketua Makmal Penyelidikan, Building 8, Regina Dugan.

Selain itu, tambah Facebook, pihaknya bercadang membina perkakasan dan perisian untuk mencapai matlamat tersebut dan telah menyenaraikan penglibatan lebih 60 saintis dan ahli akademik.

mark zuckerberg F8

Sementara itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berkata, otak manusia menghasilkan data mencukupi untuk menonton empat buah filem berdefinisi tinggi secara dalam talian seseminit.

“Cara terbaik menyampaikan maklumat ke seluruh dunia ialah melalui percakapan sahaja. Kami mahu membangunkan sistem yang membenarkan anda menaip terus menerusi otak sebanyak lima kali lebih cepat daripada keupayaan manusia menekan papan kekunci pada telefon pintar hari ini.

“Teknologi akan menjadi lebih maju sebelum kita dapat berkongsi pemikiran dan perasaan sebenar kita, tetapi ini adalah langkah pertama,” kata pengasas sosial media itu.

Idea lain yang dikemukakan oleh syarikat itu termasuklah teknologi ‘mendengar’ dengan menggunakan sentuhan kulit. Macam mana lah itu agaknya kan?

Apa Komen Anda?

Jurutera Facebook Bangunkan Teknologi Taip Status Guna Otak

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in