Kanak-Kanak Berbasikal Maut Dilanggar Kereta Di Johor Bahru


JOHOR BAHRU: Sebuah kereta Nissan Almeera yang dipandu oleh seorang wanita telah melanggar sekumpulan kanak-kanak yang sedang berbasikal di atas jalan raya pada jam 3 pagi.

Menurut Berita harian, Polis mengesahkan lapan remaja maut, lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas dirempuh sebuah kereta ketika mereka menunggang basikal secara berkumpulan di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah di sini, awal pagi tadi. Mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 3 pagi itu ialah pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata dalam kejadian itu, kereta Nissan Almeera yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun merempuh kumpulan remaja terbabit.

“Ketika kejadian terdapat kira-kira 40 remaja di lokasi kejadian bersama basikal masing-masing yang sudah diubah suai dan polis tidak tahu apa tujuan mereka berkumpul di situ. “Tiba-tiba datang sebuah kereta dan merempuh kumpulan remaja terbabit mengakibatkan lapan daripadanya terbunuh dan lapan lagi cedera,” katanya pada sidang media di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, sebentar tadi. Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Skudai dari Taman Pelangi.

Katanya, pemandu kereta terbabit mendakwa dia tidak sedar kehadiran kumpulan remaja terbabit di situ kerana keadaan jalan yang berbukit. “Pemandu terbabit sudah ditahan untuk disoal siasat. Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara ini,” katanya.

Pemandu Kereta Tidak Menunjukkan Ciri-Ciri Seorang Yang Mabuk.

Dari sidang media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh telah mengesahkan bahawa pemandu yang telah melanggar kanak-kanak ini bukanlah seorang yang sedang mabuk.

“Pemandu wanita terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan masih ditahan untuk siasatan. Tiada langsung ciri-ciri yang menunjukkan pemandu itu mabuk”.

Antara Gambar Lain Sebelum Kejadian

Daripada salah seorang pengguna Facebook menunjukkan gambar sebelum kejadian berlaku.

Apa Komen Anda?

Kanak-Kanak Berbasikal Maut Dilanggar Kereta Di Johor Bahru

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in