KANAK-KANAK TERJATUH DARI BAS DISELAMATKAN SUKARELAWAN BOMBA


Seorang ahli bomba yang sedang tidak bertugas dari Arkansas telah dinobatkan sebagai wira setelah beliau menyelamatkan seorang gadis berusia 4 tahun yang tiba-tiba terjatuh ke ataslebuh raya dari sebuah bas.

Ketika kejadian, sukarelawan Bomba, Ryan Ciampoli, sedang memandu di belakang sebuah bas sekolah. Secara tiba-tiba beliau menyedari pintu belakang bas terbuka dan tanpa diduga seorang kanak-kanak kecil tercampak keluar dari pintu belakang tersebut. Bas tersebut meneruskan perjalanan kerana tidak menyedari akan kejadian tersebut.

Ryan bernasib baik kerana jarak di antara kereta beliau dan bas amat jauh lalu beliau sempat untuk menekan brek dan turun dari kereta untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Ryan terus berjalan keluar dari kereta beliau dan terus pergi kepada kanak-kanak tersebut yang sedang terlentang di atas lebuh raya.

Menurut Ryan lagi, kanak-kanak tersebut tidak sedarkan diri pada mulanya namun dia mula sedar setelah Ryan menghampirinya. Kemudian barulah kanak-kanak tersebut berasa terkejut dengan kejadian tersebut dan mula menjerit ketakutan. Kejadian tersebut amat menyedihkan beliau. Kanak-kanak tersebut yang patah rahangnya akan direhatkan di hospital selama beberapa dan akan menjalani pembedahan. Ibu bapanya berkata mereka mengharapkan dia pulih sepenuhnya, dan tidak mahu menyalahkan pemandu bas. Kejadian detik-detik cemas tersebut telah dirakam dari kamera kereta beliau sendiri.

Apa Komen Anda?

KANAK-KANAK TERJATUH DARI BAS DISELAMATKAN SUKARELAWAN BOMBA

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in