Vokalis Linkin Park Chester Bennington Dijumpai Mati Gantung Diri


Vokalis kepada Band Rock terkenal pada tahun 90-an Linkin Park, Chester Benninton dijumpai mati gantung diri.

Menurut sumber media TMZ, penyanyi utama kumpulan Rock tersebut dijumpai mati di dalam rumah beliau di Palos Verdes berhampiran Los Angeles pada Khamis semalam.

Beliau dipercayai membunuh diri dengan menggantung diri ketika bersendirian di rumah sewaktu keluarganya berada di luar bandar.

Rakan sekumpulan beliau, Mike Shinoda juga turut terkejut dengan berita tersebut.

“Terkejut dan patah hati tetapi benar. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan kelak,” katanya menerusi akaun Twitter beliau.

Ianya merupakan tragedi buat mereka dan peminat-peminat Linkin Park.

Kumpulan Rock tersebut yang terkenal dengan In The End pada zaman 90-an dikatakan bakal memulakan jelajah Amerika Syarikat di Mansfield, Massachusetts pada 27 Julai.

Kematian Chester Bennington juga pada hari video muzik Linkin Park ‘Talking to Myself’ dilancarkan.

Mungkin inilah pengakhirannya kumpulan Linkin Park dan lagu terakhir dari Chester Bennington yang sememangnya akan meninggalkan rasa kesan dalam dan memori buat peminat beliau.

Apa Komen Anda?

Vokalis Linkin Park Chester Bennington Dijumpai Mati Gantung Diri

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in