Kisah Seram Kes Pembunuhan Misteri Di Hinterkaifeck, Jerman


hinterkaifeck, murder, case, unsolved, misteri, kes, seram, cerita, filem seram jerman, pembunuhan, keluarga andreas

KES MISTERI PEMBUNUHAN DI HINTERKAIFECK, JERMAN

Semuanya bermula dengan beberapa kejadian misteri; tapak kasut di dalam salji yang datang dari kawasan hutan ke pintu belakang rumah, bunyi mengeriut di loteng, surat khabar yang tidak pernah dilihat dan dilanggan. Kemudian kehilangan kunci rumah, dan terdapat kesan seseorang yang cuba memecah masuk ke dalam bangsal.

Andreas Gruber, 63, seorang petani yang tinggal 60 batu di utara Munich, Jerman sendiri pun tertanya-tanya dengan insiden tersebut pada tahun 1922. Dia bersama jiran dan rakan-rakannya turut pernah berasa aneh dengan kejadian yang berlaku di rumahnya.

Namun tidak lama kemudian, orang awam dikejutkan dengan khabar pembunuhan kejam seluruh keluarga Andreas. Mangsa termasuk isterinya Cazilia, 72, anak perempuan mereka Viktoria, 35, cucu Cazilia, 7 (nama sama dengan isterinya) dan Josef, 2, serta pembantu rumah mereka Maria Baumgartner, 44.

Gambar Keluarga Andreas

hinterkaifeck, murder, case, unsolved, misteri, kes, seram, cerita, filem seram jerman, pembunuhan, keluarga andreas

hinterkaifeck, murder, case, unsolved, misteri, kes, seram, cerita, filem seram jerman, pembunuhan, keluarga andreas

hinterkaifeck, murder, case, unsolved, misteri, kes, seram, cerita, filem seram jerman, pembunuhan, keluarga andreas

Kesemuanya dibunuh dengan menggunakan cangkul burung atau ‘pickaxe’ di rumah mereka, di ladang Hinterkaifeck.

Hasil Kajian Dari Polis

Polis beranggapan bahawa pada hari Jumaat, 31 Mac. Andreas, Cazilia, Viktoria dan Cazilia kecil telah diumpan melalui cara yang hanya pembunuh saja yang tahu, untuk masuk ke bangsal haiwan ternakan sebelum dibunuh satu demi satu. Apa yang menghairankan ialah tiada tanda-tanda pergelutan atau kesan cuba melarikan diri. Seolah-olah Andreas, isteri, anak dan cucunya menerima saja pengakhiran nasib mereka di dalam bangsal tersebut. Seterusnya, pembunuh masuk ke dalam rumah dan membelasah Josef yang sedang tidur di dalam bilik ibu bapanya, hingga mati. Kemudian dia menuju ke bilik Maria dan menamatkan riwayatnya juga.

Polis menjumpai mayat mereka pada hari Selasa, 4 April apabila Cazalia kecil tidak hadir ke sekolah. Pada mulanya pihak polis mengesyaki ini merupakan kes rompakan bermotif, namun setelah menemui wang dan barang berharga masih berada di rumah keluarga Gruber, ternyata ianya bukan.

Perkara yang menggerunkan?

Pembunuh itu tidak terus melarikan diri, malah tinggal buat sementara waktu di rumah tersebut. Polis menemui baki makanan di dapur, ternakan diberi makan dengan secukupnya. Jiran mereka juga memberitahu mereka ada terlihat asap keluar dari cerobong rumah Gruber sepanjang hujung minggu itu. Anjing keluarga itu juga dilepaskan keluar. Sesiapa yang membunuh penduduk ladang Hinterkaifeck itu disyaki berada di situ untuk beberapa hari dan menguruskan tempat itu sebelum melarikan diri.

Maria Baumgartner dibunuh pada hari pertama dia baru bekerja untuk keluarga Gruber. Pembantu rumah sebelumnya berhenti kerja enam bulan sebelum kejadian. Dengan alasan rumah tersebut menyeramkan. Dia mengatakan selalu terdengar suara orang berbisik sewaktu bersendirian dan bunyi tapak kaki di loteng pada waktu malam.

Apa yang menghairankan lagi apabila autopsi yang dilakukan oleh pakar menunjukkan Cazilia kecil masih hidup selepas berlakunya pembunuhan tersebut. Namun sewaktu mayatnya dijumpai bersama mayat-mayat ahli keluarganya, dia dikatakan menarik beberapa gumpal rambutnya sendiri sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Lebih daripada 100 orang suspek telah disoal siasat mengenai pembunuhan keluarga Gruber dan pembantu rumah mereka. Soal siasat yang terakhir dilakukan pada tahun 1986. Pada 2007, pelatih Akademi Polis Fürstenfeldbruck berpendapat bahawa kes misteri di Hinterkaifeck itu tidak akan diselesaikan buat selama-lamanya.

Gambar Tempat Kejadian

hinterkaifeck, murder, case, unsolved, misteri, kes, seram, cerita, filem seram jerman, pembunuhan, keluarga andreas

hinterkaifeck, murder, case, unsolved, misteri, kes, seram, cerita, filem seram jerman, pembunuhan, keluarga andreas

hinterkaifeck, murder, case, unsolved, misteri, kes, seram, cerita, filem seram jerman, pembunuhan, keluarga andreas

hinterkaifeck, murder, case, unsolved, misteri, kes, seram, cerita, filem seram jerman, pembunuhan, keluarga andreas

Fakta Menarik

  • Suami Viktoria, Karl Gabriel, dilaporkan mati semasa perang dunia Pertama dan dikatakan mayatnya tidak pernah ditemui. Namun, rakan-rakan seperjuangannya melaporkan bahawa mereka melihat dengan mata mereka sendiri kematian Karl dan polis mempercayai kenyataan tersebut.
  • Viktoria menghamilkan Josef selepas beberapa tahun suaminya mati di medan perang. Hal ini menjadi buah mulut di kalangan penduduk. Tidak pasti samada Josef adalah anak Viktoria dengan salah seorang jiran terdekat atau hasil hubungan incest dia dengan ayahnya sendiri.
  • Tengkorak kesemua mangsa dihantar ke Munich untuk dikaji dengan lebih lanjut. Malangnya, tengkorak-tengkorak mereka hilang sewaktu kekalutan perang dunia ke-2.
  • Filem seram Hinter Kaifeck 2009 arahan Esther Gronenborn adalah berinspirasikan kisah misteri ini.

Apa Komen Anda?

Kisah Seram Kes Pembunuhan Misteri Di Hinterkaifeck, Jerman

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in