KETAHUI WAKTU FISIOLOGI BADAN ANDA BERFUNGSI


waktu fisiologi badan berfungsi

Fisiologi membawa maksud ilmu yang mempelajari fungsi mekanik, fisik dan biokimia dari mahluk hidup. Kesihatan tubuh badan bukanlah suatu perkara yang boleh bawa main. Lagi-lagi pada zaman sekarang yang terdapat banyak virus merbahaya dan ramai manusia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok dan sebagainya.

Jadi, hari ini admin ingin kongsikan Waktu-Waktu bagi Fisiologi Badan Manusia Berfungsi supaya kita tahu apa yang kita patut buat untuk kekalkan kesihatan tubuh badan kita.

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 5 – 7 Pagi

Pada waktu Subuh sehingga terbit matahari ini adalah waktu di mana usus besar sedang bekerja. Sebaiknya anda mesti disiplinkan diri untuk buang air besar dalam waktu ini. Jika tidak, penyakit akan berkumpul.

 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 7 – 9 Pagi

Rasanya pada waktu ini ramai yang sedang sibuk untuk tempat kerja. Tahukah anda dalam waktu ini, anda wajib untuk bersarapan. Jika tidak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab itulah kadang-kadang orang yang suka bersarapan lewat, berat badan mereka senang untuk naik walaupun makan sekali sehari.

 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 9 – 11 Pagi

Pada waktu ini, organ limpa sedang bekerja. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk elak makan pada waktu ini. Sebaiknya bangun pada waktu  pagi dan makan sarapan sebelum ke pejabat. Kalau kita lihat orang luar negara, mereka jarang terlepas sarapan. Mereka selalu akan singgah Subway sebelum ke pejabat untuk sarapan.

 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 11 – 1 Tengahari

Admin percaya waktu ini ramai yang sudah berfikir untuk nak makan lunch di mana dan sebagainya. Pada waktu ini, jantung anda sedang bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung juga kerap terjadi pada waktu ini. Baguslah lunch time dijadikan pada waktu ini kan?
 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 1 – 3 Petang

Pada waktu ini, usus kecil anda sedang bekerja. Oleh itu, sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini. Jika mengikut kajian dari Live Science, sesiapa yang membuang air besar dalam tiga kali sehari sehingga tiga kali seminggu masih dikira normal. Ia sebenarnya lebih mengikut cara pemakanan seseorang.

 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 3 – 5 Petang

Selepas usus kecil bekerja, pundi kencing pula akan bekerja. Anda adalah dinasihatkan untuk buang air kecil dalam waktu ini. Namun, janganlah anda tahan untuk buang air kecil kerana ia akan ada kesan jangka panjang pada pundi kencing anda. Lihat video di bawah ini yang menceritakan apakah kesan jika anda tahan untuk buang air kecil.

 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 5 – 7 Petang

Pada waktu ini, ginjal anda sedang bekerja secara optimum. Oleh itu, elakkan badan anda terlalu kering ataupun dehydrated. Banyakkan minum air mineral dalam waktu ini. Seeloknya makan malam pada waktu ini juga. Kenapa? Lihat dalam penjelasan jam seterusnya.

 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 7 – 9 Malam

Pada waktu maghrib sehingga malam ini biasanya kita akan makan malam. Namun pada waktu ini, perikardium anda bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini. Kajian dari Mail Online mengatakan waktu paling bagus untuk makan malam sebenarnya adalah dari pukul 6 petang sehingga 6:30 petang. Makan pada waktu malam juga akan menyebabkan kalori badan lebih mudah untuk bertukar menjadi lemak. Hal ini kerana badan kita biasanya kurang aktif pada waktu ini.

 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 9 – 11 Malam

Setelah badan penat menjalani urusan seharian, inilah waktu yang terbaik untuk berehat dan tidur. Badan anda perlu berehat ketika ini untuk menyempurnakan proses pencernaan makanan yang telah masuk ke dalam tubuh. Kerana pada waktu tidur, panas badan meresap ke dalam tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses pencernaaan.

 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 11 – 1 Pagi

Pada waktu ini, hempedu anda sedang bekerja. Oleh itu, elakkan makan ketika ini kerana berat badan akan naik mendadak. Sedikit nasihat untuk orang muda, elakkan lepak sehingga ke awal pagi. Banyak kesan buruk pada jangka masa panjang terutamanya pada waktu selepas ini.

 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 1 – 3 Pagi

Hati bekerja ketika ini untuk menyingkirkan toksik dalam badan. Elakkan berjaga, sering berjaga pada waktu ini berpotensi untuk menghadapi kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik untuk deep sleep ataupun dalam bahasa kasarnya, tidur mati.
 

[wp-svg-icons icon=”clock” wrap=”i”] 3 – 5 Pagi

Paru-paru sedang bekerja. Bagi pesakit yang menghidapi penyakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Paru-paru menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi ketika ini. Disebabkan itulah Ibadah Solat Sunat Tahajjud dijadikan pada waktu ini. Allah itu Maha Besar lagi Maha Mengetahui.
 
Rasulullah SAW bersabda:

“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

 

Inilah Waktu Fisiologi Badan anda Berfungsi. Admin percaya ramai diantara kita yang lalai dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Kami dari BloggerBar ingin menasihatkan pembaca-pembaca kita supaya lebih prihatin terhadap kesihatan diri kita. Ingat sihat sebelum sakit seperti dalam lagu Raihan. Bila penyakit sudah datang, sudah terlambat untuk berubah.

Apa Komen Anda?

KETAHUI WAKTU FISIOLOGI BADAN ANDA BERFUNGSI

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in